'Kedudukan saya dalam parti, kerajaan diumum pada PAU 2025’ - Akmal Saleh

Dr Muhamad Akmal menegaskan, seseorang pemimpin tidak seharusnya takut untuk menyuarakan perkara yang betul. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR : Status Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dalam parti dan kerajaan dijangka diumumkan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang dijadual berlangsung minggu hadapan.
Ringkasan AI
- Dr Muhamad Akmal Saleh akan umumkan kedudukan beliau dalam parti dan kerajaan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2025 minggu hadapan.
- Beliau menekankan kepimpinan beliau berasaskan kepercayaan dan sokongan rakyat, bukan semata-mata jawatan atau pangkat.
- Dr Muhamad Akmal menyuarakan bahawa pemimpin sepatutnya bersikap berani menyuarakan perkara yang betul, sambil menegaskan usaha penyatuan agama dan bangsa akan diteruskan dalam PAU yang akan datang.
"Insya-Allah kedudukan saya di dalam parti dan kerajaan juga akan saya umumkan di dalam PAU minggu hadapan," katanya dalam hantaran di Facebooknya, di sini pada Sabtu.
Dr Muhamad Akmal berkata, suara akar umbi akan terus dibawa melalui cawangan dan bahagian dalam PAU akan datang demi penyatuan agama dan bangsa.
Selain itu, Muhamad Akmal menegaskan, seseorang pemimpin tidak seharusnya takut untuk menyuarakan perkara yang betul.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu mencadangkan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan berperanan sebagai pembangkang.
Bagaimanapun, cadangan itu ditolak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menegaskan UMNO dan Barisan Nasional akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan sehingga tamat penggal.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


