awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/06/2023
05:03 MYT
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Ab Rauf berkata, perubahan arena politik antara BN dan Pakatan Harapan (PH) yang kini berkongsi bumbung di bawah Kerajaan Perpaduan juga mampu menjadi nilai tambah. - Foto Astro AWANI
TANJUNG BIDARA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi pada PRN di enam negeri akan datang. 
 Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, perubahan arena politik antara BN dan Pakatan Harapan (PH) yang kini berkongsi bumbung di bawah Kerajaan Perpaduan juga mampu menjadi nilai tambah dalam meraih kemenangan selesa pada setiap kerusi yang ditandingi. 
 “Kita melihat rakyat menerima dengan baik (Kerajaan Perpaduan), jadi urusan pengurusan Kerajaan Perpaduan di Melaka adalah contoh terbaik yang mana ia dapat diterjemahkan untuk faedah rakyat di seluruh negara dalam PRN nanti. 

“Jadi enam negeri yang bakal mengadakan PRN ini contohi lah Melaka yang mana ia juga memberi pandangan (gambaran) kepada seluruh negara bahawa kestabilan (politik) mampu membawa pelabur dan sekali gus membuka peluang pekerjaan dan faedah kepada rakyat,” katanya. 
 Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Bayaran Bayaran Insentif Sara Hidup One-off Fasa 2 dan 3 kepada 316 nelayan Melaka Barat di Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara pada Isnin. 
 Hadir sama, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr Muhamad Akmal Saleh. 
 Pada PRN Melaka lalu, BN berjaya merekodkan kemenangan 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 
 Meskipun tidak terlibat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di peringkat DUN, Melaka bagaimanapun berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Ab Rauf mengangkat sumpah Ketua Menteri dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dilantik menyertai barisan Exco dan Timbalan Exco. 
 Enam negeri yang bakal mengadakan PRN ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Ab Rauf Yusoh
#PRN
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan