SHAH ALAM: Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekali gus dapat membentuk kerajaan menunjukkan sokongan rakyat kembali kepada parti itu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.
"Terima kasih orang Melaka yang telah memberikan sokongan kepada BN, nampak satu tanda dinamik dalam politik selepas empat tahun, sokongan rakyat telah kembali kepada UMNO dan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Simulasi Penerbangan, Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) dan Siri Pertama Bicara Menteri dekat Subang, hari ini.
Keputusan PRN Melaka menyaksikan BN terdiri daripada gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.
Ditanya cadangan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan supaya mempertimbangkan untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan kemenangan selesa BN di PRN Melaka, Mahdzir berkata perkara itu akan dibincangkan bersama kepimpinan tertinggi parti dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sementara itu, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata UniKL MIAT yang beroperasi sejak 2015 kini dilengkapi peralatan avionik dengan piawaian pesawat sebenar iaitu Pusat Simulasi Penerbangan bagi Program Latihan Penarafan (Aircraft Type Rating) untuk pesawat Boeing 737-800.
Beliau berkata simulator B737-800 bernilai RM2.9 juta itu juga adalah satu-satunya simulator beroperasi di Malaysia selain yang terdapat di Malaysia Airlines.
"Dengan adanya simulasi penerbangan ini, pelajar akan didedahkan dengan kejuruteraan teknologi simulasi penyelenggaraan dan penerbangan terkini selain diajar asas penerbangan dan seterusnya dapat menerbangkan pesawat dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
Datuk Seri Mahdzir Khalid berucap pada Pelancaran UniKL Ministerial Talk Series sempena lawatan rasmi ke UniKL MIAT Kampus Subang di Jalan Lapangan Terbang Subang hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.