awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekalahan PH: Mujahid dakwa BN guna sentimen kaum, agama

Bernama
Bernama
27/01/2019
09:07 MYT
Kekalahan PH: Mujahid dakwa BN guna sentimen kaum, agama
MUJAHID: Mereka menuduh saya tidak menjaga agama.
Kempen menggunakan sentimen perkauman dan agama oleh Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menjadi punca kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, sentimen dimainkan pakatan pembangkang itu jelas merupakan fitnah terhadap beliau dan kerajaan PH.
"Mereka menuduh saya tidak menjaga agama, jual Tabung Haji (TH) dan saya ikut telunjuk DAP. Semua itu fitnah.
"Ini jelas orang Melayu masih boleh dimainkan dengan sentimen-sentimen Melayu dan Islam dan secara keseluruhan kempen BN itu mencemar usaha kerajaan PH untuk mewujudkan Malaysia Baharu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Pongal di sini pada Ahad.
Beliau mengulas kemenangan BN pada PRK Parlimen Cameron Highlands semalam apabila Ramli Mohd Noor daripada BN meraih 12,038 undi untuk menewaskan calon PH M.Manogaran (8,800 undi), dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee 276 undi.
Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar berkata berikutan kemenangan BN pada PRK itu, pihaknya bimbang BN akan menggunakan sekali lagi sentimen perkauman dan agama pada PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih, Selangor dan Rantau di Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agama
#Barisan Nasional
#BN
#Cameron Highlands
#kaum
#Melayu
#Mujahid Yusof Rawa
#Pakatan Harapan
#pengundi
#PH
#pilihan raya
#sentimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan