awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluar pandangan demi kepentingan rakyat, elak polemik tidak perlu - Kamil Munim

Asyraf Malik
Asyraf Malik
03/01/2026
09:51 MYT
Keluar pandangan demi kepentingan rakyat, elak polemik tidak perlu - Kamil Munim
Muhammad Kamil berkata Konvensyen Khas Pemuda UMNO seharusnya menjadi ruang yang matang dan bermakna untuk generasi muda melontarkan idea. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebarang perbezaan pandangan harus diurus dengan semangat saling menghormati, memahami dan menyantuni antara satu sama lain, selaras aspirasi Kerajaan MADANI.

Ringkasan AI
  • Konvensyen Khas Pemuda UMNO digunakan sebagai ruang matang untuk generasi muda melontarkan idea demi manfaat masa depan negara.
  • Setiap pihak perlu menjaga sensitiviti, elakkan polemik tidak perlu, dan beri pandangan secara membina untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.
  • Perbezaan pandangan harus diurus dengan berhemah demi memelihara keharmonian dan kemajuan Malaysia.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perkara itu disuarakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim susulan Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang bermula pada Sabtu.
Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan konvensyen berkenaan seharusnya menjadi ruang yang matang dan bermakna untuk generasi muda melontarkan idea demi manfaat masa depan negara.
"Setiap pihak mempunyai peranan penting untuk menjaga sensitiviti, mengelakkan polemik yang tidak perlu, serta memastikan setiap pandangan diberikan bersifat membina dan berpaksikan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
"Hakikatnya, kita semua adalah satu keluarga besar. Perbezaan pandangan itu lumrah, justeru perlu diurus secara berhemah.
"Walaupun berlainan latar belakang dan bangsa, kita tetap dengan satu tujuan yang sama, memelihara keharmonian dan membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang," ujar Kamil dalam satu hantaran di Facebook pada petang Sabtu.
Tambahnya lagi, semua pihak harus terus memperkukuh kerjasama, serta memelihara keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara, sekali gus mengekalkan kestabilan politik dan kemajuan Malaysia.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sayap parti itu akan menganjurkan konvensyen khas sebagai platform untuk meneliti serta membuat keputusan mengenai hala tuju parti itu khususnya berkaitan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan.
Ia bermula pada Sabtu di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa tujuan Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang diadakan? A: Tujuannya adalah sebagai ruang matang bagi generasi muda melontarkan idea untuk manfaat masa depan negara.
  • Q: Apakah pesanan yang disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkaitan konvensyen tersebut? A: Pesanannya ialah agar semua pihak menjaga sensitiviti, elakkan polemik tidak perlu, dan beri pandangan secara membina untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.
  • Q: Di mana dan bila konvensyen khas Pemuda UMNO diadakan? A: Konvensyen bermula pada Sabtu di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Topic Berkaitan
#Konvensyen Khas Pemuda UMNO
#Muhammad Kamil Abdul Munim
#Kerajaan Perpaduan
#Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan