ALOR SETAR: Kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) digesa untuk meletakkan calon dari UMNO bagi mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berbanding MCA.
Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan selepas MCA yang mewakili BN sebelum ini telah mengalami kekalahan ‘teruk’ pada PRU-13 dan PRU-14 selain jumlah sokongan pengundi Cina juga dilihat semakin berkurangan terhadap calon daripada parti itu.
Menurut Mohd Yusof, peratusan pengundi Melayu yang melebihi 64 peratus juga perlu dijadikan alasan kukuh untuk BN meletakan calon dari UMNO yang mewakili bangsa Melayu tanpa mengabaikan kepentingan bangsa lain.
Beliau berkata, sekiranya kepimpinan BN terus mengambil keputusan meletakkan calon yang tidak berpotensi untuk menang, pembangunan sosial dan ekonomi bagi pengundi di Parlimen itu akan terus terbantut.
"Kalau kita letak jugak calon dari MCA juga, (memang) sukar untuk menang, (yang) kedua apabila kerajaan Barisan Nasional kalah dalam PRU-14, wakil daripada MCA hilang terus selama tiga tahun dan timbul (semula) dalam tahun 2021,
"(Sebab) ketiga (pula), saya rasa MCA juga tidak bersedia untuk bertanding (di Alor Setar) kerana mereka tidak mempunyai calon dan kita (UMNO) di Alor Setar ini ada barisan calon yang berwibawa,” kata beliau.
Mohd Yusof berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Mohd Yusof menegaskan, MCA juga perlu berlapang dada dan tidak perlu risau untuk melepaskan kerusi tradisi itu demi kepentingan keluarga besar BN.
Jelasnya, mengambil contoh Dewan Undangan Negeri (DUN )Duyong pada Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka November lalu, keputusan sama bagi menggantikan calon MCA kepada UMNO membawa kepada kemenangan di kerusi berkenaan meskipun berhadapan dengan pertandingan sengit tiga penjuru.
Dalam perkembangan berasingan, UMNO Alor Setar juga turut melancarkan Hala Tuju 15 Tahun UMNO Alor Setar menerusi Program Sebuah Keluarga Seorang Profesional Seorang Usahawan.
UMNO Bahagian itu juga sebulat suara memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menerajui kepimpinan negara sehingga tamat tempoh penggal ke-14 Parlimen pada 2023
Abd Hadi Che Awang
Sat Dec 18 2021

Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, MCA yang mewakili BN sebelum ini kalah teruk pada PRU-13 dan PRU-14 selain jumlah sokongan pengundi Cina juga semakin berkurangan. - Gambar Astro AWANI

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Kembalikan kerusi Parlimen Alor Setar kepada UMNO - Mohd Yusof
MCA yang mewakili BN sebelum ini kalah teruk pada PRU-13 dan PRU-14 selain jumlah sokongan pengundi Cina juga semakin berkurangan.

Ahmad Bashah bertanding tiga penjuru di DUN Suka Menanti
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

DAP bantah PKR umum calon Parlimen Alor Setar
Krisis dalaman pakatan pembangkang bergolak apabila DAP membantah sekerasnya pengumuman calon PKR untuk bertanding di Parlimen Alor Setar.