awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan BN bermakna buat MN dan PN - Presiden Pas

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/08/2020
14:42 MYT
Kemenangan BN bermakna buat MN dan PN - Presiden Pas
Pas menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sebagai bermakna kepada Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia juga menandakan penerimaan rakyat pelbagai kaum di kawasan bandar dan luar bandar.
Jelas Abdul Hadi dalam satu kenyataan, MN dan PN perlu terus mengukuhkan perpaduan dan memberikan khidmat yang terbaik demi kesejahteraan negara dan rakyat.
"Kejayaan ini adalah amat bermakna terhadap Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, menandakan penerimaan rakyat pelbagai kaum di kawasan bandar dan luar bandar, sekali gus menuntut kita untuk terus mengukuhkan perpaduan dan memberikan khidmat yang terbaik demi kesejahteraan negara dan rakyat," katanya.
BACA: Slim Memilih: BN menang dengan majoriti lebih besar
BACA: Slim Memilih: Kemenangan besar BN cerminan kesepakatan jentera parti - Zahid
Beliau dalam pada itu turut menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan berturut-turut BN.
PRK DUN Slim menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz, dan dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S.Shantarasekaran.
Mohd Zaidi menang bergaya dengan dengan majoriti 10,945 undi.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Barisan Nasional
#Muafakat Nasional
#PAS
#Perikatan Nasional
#pilihan raya kecil
#PRK Slim
#Slim Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan