awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan di Nenggiri bukan 'tiket' lupa diri, tiupan semangat menangi hati rakyat

Faida Rahim
Faida Rahim
18/08/2024
06:30 MYT
Kemenangan di Nenggiri bukan 'tiket' lupa diri, tiupan semangat menangi hati rakyat
Nurul Amal memaklumkan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri merupakan hasil usaha keluarga besar parti. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri bukan ‘tiket’ untuk lupa diri tetapi tiupan semangat kepada ahli parti kembali menangi hati rakyat.
Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi memaklumkan kemenangan itu merupakan hasil usaha keluarga besar parti yang mempunyai semangat jitu untuk melihat kemenangan ahli parti di seluruh peringkat.
"UMNO dan BN menumpukan perhatian sepenuhnya dalam PRK DUN Nenggiri agar wakil memperoleh kemenangan di bumi Kelantan. Meskipun berdepan tohmahan dan cacian yg dilemparkan kepada UMNO selepas PRU sehingga sekarang, kami terus mengorak langkah dan ia diterjemah menerusi gerak kerja dalam PRK kali ini," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Nurul Amal turut merakam penghargaan kepada seluruh pucuk pimpinan dan ahli UMNO dan BN termasuk pimpinan tertinggi UMNO Kelantan.
"Kerja sebagai sebuah keluarga dengan satu tekad untuk parti jika dikuatkan lagi, Insya-Allah membawa kebaikan kepada UMNO.
"Itulah saya lihat dalam dalam PRK kali ini dan ini keluarga besar UMNO yang dirindui," katanya.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kemenangan ini juga adalah pemangkin dalam meneruskan usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.
Keputusan PRK DUN Nenggiri menyaksikan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail dengan memperoleh 9,112 undi berbanding 5,741 undi sekali gus BN meraih majoriti 3,372 undi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Zahid Hamidi
#Puteri UMNO
#Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan