Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung tindakan pemimpin mereka yang membuat lantikan politik, walaupun perkara itu dilihat bertentangan dengan manifesto pilihan raya mereka.
Penganalisis Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata, jika ia tidak dilakukan, perkara itu akan menimbulkan krisis keyakinan, seterusnya mewujudkan imej negatif terhadap pakatan itu.
“Walaupun Pakatan Harapan melihat ia (pelantikan itu) perlu, kita boleh anggap ia bertentangan dengan prinsip dasar yang mereka sendiri nyatakan dan ianya boleh menyebabkan pelbagai tafsiran dan kritikan.
“Mungkin justifikasi itu perlu supaya ia dapat berikan keyakinan dan kepercayaan kembali terhadap masyarakat yang kini sentiasa memerhatikan tingkah laku kerajaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Semalam Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengumumkan pelantikan dua ahli majlis pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sukiman Sarmani sebagai Pengerusi Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara) serta Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sebagai Pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd.
Rina yang juga Ketua Wanita Bersatu dan Pakatan Harapan berkata, pelantikan berkenaan telah pun mendapat persetujuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Peguam yang dikatakan rapat dengan Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla turut diumum sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang baharu.
Pelantikan itu mendapat perhatian Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan yang sering bercanggah dengan apa yang mereka janjikan pada pilihan raya umum lepas.
“Tidak akan ada lantikan politik oleh PH dalam GLC. Malaysia baharu... mungkir janji sejak 10 Mei 2018,” kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Turut disenaraikan sebagai lantikan politik sebelum ini ialah, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan (Pengerusi PTPTN), Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman (Ahli Lembaga Pengarah SKM), AJK Tertinggi Amanah, Mazlan Aliman (Pengerusi LPP).
Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, walaupun lantikan itu mungkin mempunyai meritnya, seperti latar belakang dan pengalaman mereka yang dilantik, namun sudah pasti ia akan terus mengundang kritikan secara berterusan.
“Sudah pasti parti pembangkang juga akan mengguna isu ini sebagai bahan untuk melahirkan krisis ke atas kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap pimpinan PH,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Jan 06 2019

Lantikan politik itu terang-terangan bertentangan dengan manifesto pilihan raya mereka.
China laksanakan dasar pengecualian kepada lima negara LAC
China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari lima negara Latin Amerika dan Caribbean (LAC).
Chris Brown hadir di mahkamah Manchester, dakwaan serangan
Menurut polis Chris Brown ditangkap dan didakwa melakukan serangan hingga kecederaan parah pada Februari 2023.
Trump akan bertemu Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin “secepat mungkin” untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine.
Penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun peringati ulang tahun ke 77
Penunjuk perasaan terdiri memegang plakad mengutuk kekejaman Israel di Gaza ketika ini.
Polis Sweden dedah rakaman kamera badan tembakan di sekolah, Februari lalu
Suspek yang dikenali sebagai rickard andersson menembak mati sepuluh pelajar dan guru di Sekolah Risbergska di bandar orebro sebelum membunuh diri dalam kejadian 4 Februari lalu.
Kekalkan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR- Nik Nazmi
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan sokongannya agar Datuk Seri Rafizi Ramli dikekalkan sebagai Timbalan Presiden parti itu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.
Rapat AMK 2025 bakal himpun perwakilan cabang seluruh negara
Menurut Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim, rapat AMK itu akan menjadi ruang bagi setiap calon yang bertanding untuk menyatakan visi, misi serta hala tuju mereka.
Ambil inspirasi Nabi Muhammad, harungi cabaran era teknologi - PM Anwar
Umat Islam harus mengambil inspirasi daripada dedikasi junjungan besar Nabi Muhammad SAW terhadap keadilan dan belas kasihan dalam mengharungi cabaran teknologi dan digitalisasi.
Dunia Islam harus proaktif, bangunkan penyelesaian sesuai keperluan - PM Anwar
Dunia Islam perlu menjadi proaktif dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Guna khidmat kurier, lelaki ditahan dadah bernilai RM2.1 juta dirampas
Polis Pulau Pinang mematahkan taktik pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantaran syarikat kurier selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di Butterworth pada Khamis.

Lebih 6,000 pengunjung serbu ‘Hello Miri!’, buah tangan Astro untuk komuniti Sarawak
Program ini menjadi platform strategik untuk mengukuhkan hubungan antara artis dan komuniti tempatan, serta mempromosikan kandungan Astro.

Astro lancar “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, penjimatan hingga RM960
Pek 'Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam' adalah sebahagian daripada Astro One, menawarkan pelbagai kandungan premium Astro.

Halim Othman hidupkan nostalgia 90-an dalam filem Keluang Man
Walaupun hanya melalui suara, Halim akui terharu apabila diberi kepercayaan untuk membawa penonton mengimbau suasana negara ketika itu.

Astro, TVS bergabung gegarkan Miri dengan konsert mega percuma
Konsert sulung dua stesen TV utama negara ini menyajikan hiburan gabungan budaya tradisional Borneo dan muzik pop kontemporari dengan menampilkan barisan penghibur terkenal.

Kolaborasi Astro-Prime Video tawar aneka kandungan menarik
Inisiatif ini menawarkan kandungan berkualiti tinggi dan pelbagai di satu saluran.

TCS, Astro & MAB sumbang buku audio buat golongan kurang penglihatan
Tata Consultancy Services (TCS), Astro, dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bergabung untuk melancarkan program baharu yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak kelainan upaya penglihatan.

Astro BIZone lancar kempen ganjaran RM3 juta, perkasa pertumbuhan SME
Astro melalui inisiatif BIZone melancarkan bantuan pemasaran bernilai RM3 juta untuk membantu industri F&B dan outlet komersial bagi meningkatkan lagi hasil dan jumlah pelanggan.

RichWorks dan Astro jalin kerjasama sempena Jelajah JIWA SME Siri 3
Syarikat pembangunan potensi diri dan keusahawanan terkemuka negara, RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy), memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Astro pada Isnin.

Astro akhiri FY25 dengan pencapaian kandungan, pemulihan ADEX suku tahunan dan peningkatan penstriman
Kandungan tempatan di Astro Malaysia Holdings Berhad terus berkembang maju menarik perhatian penonton dan menyumbang 79% daripada jumlah masa tontonan, meningkat daripada 64% pada lima tahun lalu.

Astro meriahkan Syawal dengan 160 program raya, Nyam Nyam Ketupat jadi tumpuan
Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah dengan lebih 160 program eksklusif yang disediakan di Astro, merangkumi drama, konsert, rancangan komedi serta pelbagai kandungan hiburan.