JOHOR BAHRU: Keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan prosiding pendakwaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan rasuah dijangka mampu mengembalikan sokongan orang Melayu dan Cina kepada Barisan Nasional (BN).
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Bastien Onn berpandangan, keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid terhadap kesemua 47 pertuduhan berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi juga sepatutnya mengubah landskap sokongan kaum Cina kepada gabungan itu.
"Datuk Seri Najib Razak sudah dipenjarakan dan Ahmad Zahid sudah dilepaskan daripada tuduhan.
"Ini menjadikan BN tiada lagi tekanan soal integriti. Pengundi Cina sudah tiada sebab untuk tidak mengundi UMNO yang memerdekakan Malaysia dan terbukti mampu memacu ekonomi negara," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Pada Isnin, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.
Jabatan Peguam Negara pula menegaskan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu dibuat berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan kepada mahkamah.
Mengulas lanjut, Bastien berkata jika undi kaum Cina masih 95 peratus kepada Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP, ia bermakna kumpulan itu didakwa mengundi atas asas kaum atau 'racial lines'.
Ditanya adakah keputusan kes Ahmad Zahid seolah-olah PH yang menganggotai Kerajaan Perpaduan sudah hilang asas moral dalam melawan rasuah, beliau berkata: "Ia bergantung kepada jawapan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan. Jadi, kita tunggu jawapan beliau sebelum menilai soal ini."
Begitu pun Bastien menambah, Idrus bertanggungjawab untuk menerangkan kepada rakyat sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan adalah kuasa Peguam Negara sepenuhnya untuk tidak meneruskan pendakwaan.
Sementara itu, beliau berkata keputusan kes Ahmad Zahid tidak sepatutnya memberi impak kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini memandangkan UMNO tidak bertanding.
"Bagi pilihan raya akan datang, kerana isu integriti sudah pun dilunaskan, UMNO-BN sepatutnya beroleh keputusan yang baik," jelas Bastien lagi.
Sebelum ini, DAP turut berpandangan Idrus wajar memberikan penjelasan terbuka susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pula berkata penjelasan itu penting mengambil kira pandangan pelbagai pihak terhadap keputusan itu.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 06 2023

Bastien berpandangan, keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid terhadap kesemua 47 pertuduhan juga sepatutnya mengubah landskap sokongan kaum Cina kepada gabungan PH-BN. - Gambar fail
Keuntungan bersih PETRONAS pada suku ketiga tahun ini merosot
PETRONAS memaklumkan ketidaktentuan harga minyak dan gas dijangka meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dan kebimbangan yang meningkat terhadap keselamatan tenaga global di tengah-tengah ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
PEDi bantu tingkatkan taraf sosioekonomi komuniti
Peranan PEDi cukup besar kepada masyarakat luar bandar kerana ia turut menghubungkan usahawan-usahawan desa dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel. Jelasnya, gelombang sokongan tersebut semakin nyata kerana komuniti dunia menyaksikan tindakan-tindakan zionis yang zalim dan tidak bermaruah.
Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun keatas - Pakar
Pakar Perunding Urologi, Endourologi & Pembedahan Robotik Pusat Perubatan Sunway Bandar Sunway, Dr. Christopher Lee Kheng Siang berkata individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda. Jelasnya, gejala akan semakin ketara apabila individu terbabit menginjak ke usia 60-an dan 70-an.
Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.
Kelulusan RUU kukuhkan fungsi statutori Suhakam
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 1999 (Akta 597) yang telah diluluskan di Parlimen pada Rabu dilihat memperkasakan lagi tugas suruhanjaya itu dalam menjalankan fungsi-fungsi dan tanggungjawab statutorinya.
Lelaki dijatuhi hukuman 14 tahun penjara,tikam isteri sehingga mati
Seorang lelaki yang tergamak menikam isterinya sehingga mati enam tahun dijatuhi hukuman penjara 14 tahun di Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu.
Hakim, Datuk Dr.Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh, Jakaria Abu Bakar, 56 kerana didapati bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Norminah Bollok, 45.
Hakim, Datuk Dr.Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh, Jakaria Abu Bakar, 56 kerana didapati bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Norminah Bollok, 45.
CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, yang runtuh malam semalam.

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Keputusan kes Zahid mampu kembalikan sokongan Melayu, Cina kepada BN - Bastien
Keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid sepatutnya mengubah landskap sokongan kaum Cina kepada gabungan itu.