awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin

Bernama
Bernama
27/10/2023
09:23 MYT
Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin
Amirudin (duduk, tengah) pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM1 juta bagi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin hari ini. - Foro Bernama
SHAH ALAM: Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Ogos lepas.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata petisyen itu dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang menyaksikan parti itu tewas dengan hanya 58 undi.
Bagaimanapun, katanya tiga lagi kerusi yang direncanakan untuk dikemukakan petisyen sama sebelum ini iaitu Dengkil, Sungai Kandis dan Taman Medan tidak diteruskan.
"Saya difahamkan pihak guaman PKR merasakan kes-kes itu (tiga kerusi tersebut) tidak mahu diteruskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, PH dan BN mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di kerusi DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang majoriti kemenangan adalah rendah.
Keputusan bagi empat kerusi berkenaan menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Selangor
#Amirudin Shari
#petisyen pilihan raya
#Perikatan Nasional
#DUN Gombak Setia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan