Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Abbas Araghchi dijangka kunjungi Pakistan sekali lagi selepas lawatan ke Oman

Pakistan’s Prime Minister Sharif, right, meets with Iranian Foreign Minister Abbas Araghchi, centre, in Islamabad on Saturday [Reuters]
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif (kanan) mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi (dua dari kiri) di Islamabad, Pakistan, pada Sabtu. - Gambar Reuters

TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dijangka mengadakan lawatan sekali lagi ke Pakistan selepas menamatkan kunjungan rasmi beliau ke Oman, sebelum meneruskan lawatan seterusnya ke Rusia, menurut laporan agensi berita Mehr.

Agensi itu melaporkan, sebahagian anggota delegasi Araghchi telah kembali ke Tehran bagi mengadakan rundingan serta mendapatkan arahan lanjut berhubung usaha menamatkan perang yang sedang berlangsung. 

Advertisement

Delegasi terbabit dijadualkan menyertai semula Araghchi di Islamabad pada malam Ahad.

Sebelum ini, Araghchi meninggalkan ibu negara Pakistan tanpa sebarang petanda kejayaan atau kemajuan ketara dalam rundingan damai susulan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan beberapa pegawai kanan negara itu berkaitan konflik Iran.

Pada Sabtu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, turut membatalkan lawatan dua Utusan Khas AS ke Pakistan, sekali gus memberi tamparan baharu kepada prospek rundingan damai, selepas Araghchi berlepas meninggalkan Islamabad tanpa sebarang pertemuan dengan pihak Amerika Syarikat. - Agensi

Must Watch Video