KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yakin Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar akan kekal atas beberapa faktor antaranya sukar mendapatkan sokongan Istana Negara.
Beliau berpendapat sebagai pihak yang mencadangkan kerajaan perpaduan, Yang di-Pertuan Agong tentunya tidak mahu membuat pusingan U dengan memilih kerajaan baharu.
Khairy juga yakin, bakal Yang di-Pertuan Agong yang baharu juga tidak akan melayan sebarang usaha menukar kerajaan dalam tempoh yang terdekat setelah naik takhta.
"Anda perlu ingat Yang di-Pertuan Agong akan mengosongkan takhtanya di peringkat persekutuan hujung tahun ini, jadi baginda tidak mahu dalam beberapa bulan terakhir ini berdepan pertukaran kerajaan.
"Saya rasa baginda mahu kerajaan ini kekal setelah perlu membuat keputusan sukar ketika kejatuhan PH pada 2018. Baginda juga tidak mahu dilihat sebagai pihak yang mengusahakan Kerajaan Perpaduan dan kemudiannya perlu membuat pusingan U beberapa bulan kemudian.
"Saya rasa baginda tidak akan berbuat demikian dan saya rasa bakal Yang di-Pertuan Agong akan datang juga tidak akan melayan usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada dalam beberapa bulan atau setahun selepas naik takhta," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu forum dalam talian yang membincangkan isu 'Mampukah Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik sokongan pengundi Melayu' anjuran Institut Yusof Ishak.
Khairy menjelaskan, dalam satu dapatan yang dilakukannya bersama sebuah firma, sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri di kalangan orang Melayu masih rendah.
"Kami bertanya siapakah yang terbaik sebagai PM sekarang, jawapan dari responden seluruh semenanjung merangkumi Melayu, Cina, India dan sebagainya, Anwar paling tinggi dengan 46 peratus dan Muhyiddin dengan 17 peratus.
"Tetapi bila kita lihat dari undian orang Melayu sahaja, Anwar masih di atas dengan 32 peratus, Muhyiddin 25 peratus, jadi ia sangat dekat.
"Ia menunjukkan sokongan terhadap Anwar di kalangan orang Melayu agak rendah berbanding dapatan keseluruhan yang meliputi pelbagai kaum," katanya.
Dalam pada itu, Khairy menjelaskan Kerajaan Perpaduan kini berdepan barisan pembangkang yang berteraskan Islam dan Melayu sepenuhnya.
Astro Awani
Tue May 09 2023
Khairy yakin, bakal Yang di-Pertuan Agong yang baharu juga tidak akan melayan sebarang usaha menukar kerajaan dalam tempoh yang terdekat setelah naik takhta. - Gambar fail/Bernama
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.