awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
[KOLUMNIS] Runtuhnya institusi keluarga: Ancaman "hipermodeniti" terhadap ekologi sosial Malaysia
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sabah berada di landasan betul - Pengerusi DAP Sabah

Bernama
Bernama
17/06/2020
02:14 MYT
Kerajaan Sabah berada di landasan betul - Pengerusi DAP Sabah
Frankie Poon (gambar) berkata, semua ADUN yang hadir pada perjumpaan dengan ketua menteri baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Mohd Shafie. - Gambar fail
Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berada di landasan yang betul dan kukuh untuk menjadikan negeri ini lebih baik dan maju, kata Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung.
Beliau berkata oleh itu tiada sebab untuk menukar kerajaan Sabah yang dibentuk oleh Parti Warisan Sabah (Warisan), Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
"Banyak perkara yang dijadikan spekulasi pada masa kini khususnya mengenai pergolakan politik Sabah ...ia hanya mainan politik semata-mata," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Beliau berkata buktinya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir pada perjumpaan dengan ketua menteri baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinannya.
"Hanya tiga ADUN yang tidak hadir dan ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun tidak dapat hadir disebabkan berada di Sandakan dan tidak sempat ke Kota Kinabalu kerana hanya diberitahu mengenai perjumpaan itu lewat," katanya.
BACA: "UPKO tidaklah terjejas sangat" - Presiden UPKO
BACA: Bekas menteri dan timbalan menteri parti Warisan diserap pengerusi GLC Sabah
Pada Isnin, dua wakil rakyat daripada UPKO, iaitu ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut Datuk James Ratib mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. Kedua-dua mereka tidak hadir semasa perjumpaan bersama Mohd Shafie.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Bebas
#DAP
#Frankie Poon
#Frankie Poon Ming Fung
#kerajaan negeri
#mainan politik
#Mohd Shafie Apdal
#Pakatan Harapan
#Parti Warisan Sabah
#pergolakan politik
#Sabah
#sokongan
#spekulasi
#tukar kerajaan
#UPKO
#wakil rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan