awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana berebut kuasa, jangan tersungkur dalam kehinaan - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2025
20:15 MYT
Kerana berebut kuasa, jangan tersungkur dalam kehinaan - Syed Ali
Syed Ali menambah, jika seseorang pemimpin benar-benar ikhlas membawa seruan Islam, mereka seharusnya menunjukkan pekerti terpuji agar menjadi teladan kepada rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan pemimpin politik agar tidak terlalu rakus merebut kuasa sehingga mengabaikan adab, akhlak serta kepentingan rakyat.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau berkata, lebih mengejutkan jika pemimpin Islam yang sanggup membuka aib dan mencemarkan maruah sesama umat Islam
"Pemimpin yang amanah sepatutnya mendahului kepentingan rakyat. Jangan terlalu gelojoh mengejar jawatan hingga adab dan akhlak terburai," katanya.
Beliau turut menegaskan, penyelesaian kepada kekusutan sesama pemimpin perlu dilakukan secara bijaksana, bukan dengan saling menyerang dan ‘melondeh’ sesama sendiri yang akhirnya merosakkan persahabatan.
Syed Ali menambah, jika seseorang pemimpin benar-benar ikhlas membawa seruan Islam, mereka seharusnya menunjukkan pekerti terpuji agar menjadi teladan kepada rakyat.
"Jangan untuk menutup kelemahan diri sendiri, maka berbohong menjadi amalan sepanjang masa.
"Bermuhasabahlah, akibat dirasuk rasa sombong dan riak takabur kerana menggenggam kuasa, percakapan sudah hilang barisnya, banyak berdalih dan berdusta," katanya lagi.
Menurutnya, rakyat kini semakin celik dan sedang memerhati sandiwara politik dan sikap pemimpin yang semakin angkuh dan takbur dengan berkuasa.
Selain itu, beliau mengingatkan bahawa kuasa tidak kekal dan akan tiba saat kejatuhan bagi mana-mana pemimpin.
“Ingatlah, akan datang hari kejatuhan bila kuasa sudah hilang; sama ada tersungkur dalam kehinaan atau sebaliknya adalah ketentuan Allah Taala,” ujar beliau.
Topic Berkaitan
#pemimpin politik
#Politik Malaysia
#Syed Ali Alhabshee
#berebut kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan