awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kerja dengan Najib?" - Ahli Parlimen Pekan jawab Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2020
14:20 MYT
"Kerja dengan Najib?" - Ahli Parlimen Pekan jawab Mahathir
Menerusi muat naik di laman media sosialnya, Najib akui rasa khuatir sekiranya berlaku kerjasama antara beliau dan Dr Mahathir, kerajaan yang tertubuh akan tumbang tanpa apa-apa sebab. - Foto Twitter/@NajibRazak
KUALA LUMPUR:"Macam saya tersangat ingin nak kerjasama dengan orang yang rancang jatuhkan diri sendiri kot," itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sidang media oleh dua tokoh veteran politik, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Menerusi muat naik di laman media sosialnya, Najib secara sinis mengakui berasa khuatir sekiranya berlaku kerjasama antara beliau dan Dr Mahathir, kerajaan yang tertubuh mungkin akan tumbang tanpa apa-apa sebab.
"Nanti tak tidur malam tiap-tiap hari sebab risau esok kerajaan akan tiba-tiba tumbang tanpa apa-apa sebab," katanya dalam muat naik yang turut melampirkan dua tajuk artikel berkait sidang media Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh petang tadi.
Malah, Najib menerusi ruang komentar hantaran tersebut turut mempersoal kenyataan yang dibuat Mahathir.
Sumber Facebook najibrazak
"Balik rumah tengok bola main FB (Facebook) lepas meeting dengan Atok.
"Esok bangun tidur, baca berita kerajaan dah tumbang. Petang esok, Atok buat PC (sidang media) kata dia nak jadi PM (Perdana Menteri) lagi.
"Dia fikir saya nak macam ini ke? Sudahlah," memetik komentar beliau itu.
BACA: Tun M tidak mahu terima sokongan Najib untuk bentuk kerajaan
Terdahulu, dalam sidang media tersebut, Dr Mahathir mengulangi pendiriannya untuk menolak bekerjsama dengan Ahli Parlimen Pekan itu bagi membentuk kerajaan baharu.
"Kerja dengan Najib? Saya minta maaf saya tak boleh," kata Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Mahathir Mohamad
#Tengku Razaleigh Hamzah
#politik
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#kerjasama politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan