awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Pas, UMNO sama seperti Tun M dan Anwar - Pemuda Pas

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2019
20:30 MYT
Kerjasama Pas, UMNO sama seperti Tun M dan Anwar - Pemuda Pas
AHMAD FADHLI: Berhubung skandal yang dikaitkan dengan kerajaan BN, Pas tidak pernah berdiam diri dan sentiasa mengalu-alukan sebarang siasatan oleh kerajaan PH. - Gambar fail
Pas tidak hairan dengan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kerjasama di antara Pas dengan UMNO walaupun pernah menjadi seteru politik.
Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, andai Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh berbaik, jadi tidak pelik jika Pas dan UMNO juga boleh bekerjasama.
“Walaupun Pas dan UMNO pernah menjadi seteru satu ketika dulu, tetapi Pas tidak pernah melabelkan mana-mana pemimpin UMNO sebagai peliwat dan tidak pernah menghumban masuk mana-mana pemimpin UMNO masuk penjara kerana tuduhan meliwat.
“Jika ‘seseorang’ pernah menuduh orang lain sebagai peliwat, kemudian boleh bekerjasama kembali dengan orang yang dituduh itu, apa peliknya kerjasama Pas dengan UMNO ini?
“Kerjasama ini adalah untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH) yang terbukti jelas telah memungkiri janji-janji mereka kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan kritikan perdana menteri kepada kedua-dua parti itu selain turut mempertikaikan sikap berdiam diri Pas mengenai skandal yang dikaitkan dengan kerajaan BN sebelum ini.
"Berhubung skandal yang dikaitkan dengan kerajaan BN, Pas tidak pernah berdiam diri dan sentiasa mengalu-alukan sebarang siasatan oleh kerajaan PH.
"Kerajaan boleh melakukan siasatan daripada ‘A to Z’ tanpa sebarang syak wasangka dan tanpa sebarang halangan," katanya lagi.
Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, Pas tiada halangan untuk kerajaan menyiasat skandal ini.
"Walau apa pun bagi kita, sebenarnya yang sedang ketakutan sekarang ini ialah pemimpin PH itu sendiri kerana mereka sedar bahawa tempoh mereka berkuasa semakin pendek.
“Insya-ALLAH selepas PRU15 nanti, mereka akan kembali berada di kerusi pembangkang kerana dihukum oleh rakyat itu sendiri,” katanya.
Terdahulu, Dr Mahathir menerusi ucapan perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu pada Khamis menyatakan kehairanan bagaimana Pas dan UMNO boleh bergabung dan bekerjasama.
BACA: Cukuplah, hentikan main isu kaum dan agama - Dr Mahathir
Beliau berkata, semua tahu UMNO selama ini telah dikafirkan oleh Pas dan pemimpin Pas terutamanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menarik balik amanatnya.
"Kerana itu bertahun-tahun lamanya sehinggalah ke Pilihan Raya Umum ke-14, orang Melayu yang percaya kepada Pas tidak akan mengundi UMNO walaupun di kerusi yang Pas tidak bertanding.
"Mereka lebih rela mengundi DAP, PKR, PBS dan mana-mana parti pimpinan orang Islam ataupun tidak, asalkan bukan UMNO," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Ahmad Fadhli Shaari
#Anwar Ibrahim
#Barisan Nasional
#kerajaan
#kerjasama
#liwat
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#PAS
#pembangkang
#pilihan raya umum
#politik
#siasatan
#Skandal
#UMNO
#UMNO-Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan