Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa meramalkan akan terbentuk kerjasama antara UMNO dan Pas dari masa ke semasa kerana kedua-dua parti itu mempunyai DNA (asid desksiribonukleik) yang sama.
Beliau berkata walaupun Pas menjunjung ideologi dan cara yang berbeza, namun parti itu mempunyai DNA dan matlamat yang sama dengan UMNO iaitu memperjuangkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.
Katanya, jika dahulu Pas dilihat mencari-cari perbezaan antara parti itu dengan UMNO, namun di bawah pucuk kepimpinan Pas yang ada sekarang menunjukkan sedikit perubahan apabila mereka mula mencari titik kebersamaan itu.
"Oleh kerana Pas itu daripada DNA yang sama maka saya berkeyakinan dia ada titik pertemuan. Selama mana pun dia pergi, dia tidak akan berjalan selari...akan ada titik pertemuan. Maka bagi kita titik persamaan ini marilah kita meraikannya.
"Ia tidak bermakna Pas masuk UMNO, UMNO masuk Pas, tidak bermakna Pas semestinya menyertai BN (Barisan Nasional)...tetapi titik-titik kebersamaan ini, matlamat perjuangan itu menjadi lebih penting. Atas dasar itu saya meramalkan akan terbentuk kerjasama yang lebih kukuh dari masa ke semasa antara UMNO dan Pas.
"Tunggulah beberapa minggu, beberapa bulan lagi bila pilihan raya semakin dekat saya percaya antara pucuk pimpinan Pas dan UMNO selagi mana titik kebersamaan dan taawun itu ada, akan ada pengumuman yang seharusnya menggembirakan umat Islam dan kaum Melayu terutamanya atas kepentingan agama dan bangsa," katanya kepada pemberita selepas program Dialog Perjuangan 4 All, di sini, malam tadi.
Program itu turut disertai Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau dan Prof Madya Datuk Dr Junaidi Abu Bakar yang bertindak sebagai moderator.
Terdahulu, Annuar berkata lawan UMNO yang sebenarnya adalah DAP kerana parti itu mempunyai DNA yang berbeza iaitu menentang apa yang dibawa oleh UMNO berbanding parti-parti lain seperti Pas, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang jelas merupakan parti serpihan UMNO.
Beliau berkata DNA DAP jelas berbeza dengan parti-parti politik yang lain di negara ini kerana dasar perjuangan mereka berkiblatkan parti PAP di Singapura.
"DAP juga mempunyai DNA tertentu dan terbukti daripada perjalanan PAP hingga membentuk parti itu dan mereka sering menakutkan kaum Cina untuk membangkitkan kemarahan terhadap pentadbiran kerajaan sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2017
ANNUAR: Oleh kerana Pas itu daripada DNA yang sama maka saya berkeyakinan dia ada titik pertemuan. - Gambar fail/Astro AWANI
Pentas terajui usaha perkukuh kawal selia komunikasi & multimedia serantau
Malaysia berharap dapat mengeratkan kerjasama antara negara ASEAN untuk kawal selia yang lebih mantap dalam lapangan komunikasi dan multimedia menerusi penganjuran Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024.
#AWANI745
#AWANI745
Medan anak muda bentuk, tambah baik polisi Wilayah Persekutuan
Suara anak muda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diangkat dalam wadah baharu, iaitu sidang belia Wilayah Persekutuan.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Wisma Putra sahkan letupan di tempat Pemeriksaan Zon Keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
Malaysia-Gaza: Bantuan kontena Malaysia berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Fasa pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah, pada Selasa.
#AWANI745
#AWANI745
Waspada dan elak stres dalam cabaran cuaca panas
Pakar perubatan dan pakar kaunseling menasihatkan petugas dan bakal jemaah haji Malaysia supaya bersiap sedia dalam keadaan cuaca panas di Madinah dengan suhu yang boleh mencecah sehingga 42 darjah Celcius yang bukan sahaja boleh menimbulkan risiko penyakit berkaitan penafasan serta kulit, tetapi juga boleh menyebabkan tekanan serta emosi yang tidak stabil dalam kalangan jemaah.
#AWANI745
#AWANI745
Kelantan akan selaras kenaikan gaji penjawat awam negeri - MB
Kerajaan Kelantan akan menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam negeri itu seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Perkukuh kawal selia BBP melalui penggubalan akta
Kerajaan memandang serius isu kelemahan tatakelola dalam pengurusan Entiti Berkepentingan Kerajaan yang menyebabkan ketirisan wang awam, salah guna kuasa dan menjejaskan imej negara.
[TERKINI] Selangor FC hantar permohonan rasmi tunda Piala Sumbangsih
Selangor FC telah menghantar surat permohonan rasmi untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.
Hajat terakhir papa nak main layang-layang - Anak Hail Amir
Hasrat terakhir Allahyarham Datuk Hail Amir untuk bermain layang-layang bersama cucu-cucu tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada petang semalam.
Lebih banyak syarikat Jerman akan melabur di Malaysia - Chang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin lebih banyak syarikat Jerman akan memasuki Malaysia untuk melabur susulan pelaburan besar oleh Infineon Technologies AG baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.