awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama UMNO-Warisan: Bung Moktar digesa berundur

Sinar Harian
Sinar Harian
04/01/2024
23:00 MYT
Kerjasama UMNO-Warisan: Bung Moktar digesa berundur
Zulkarnain ketika ditemui pemberita di pekarangan Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu, pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin digesa supaya berundur daripada memimpin UMNO Sabah sekiranya masih mahu meneruskan hasratnya untuk bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan).
Pengerusi Gerakan Kuasa Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sebagai aktivis politik, beliau kecewa dengan UMNO yang mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Warisan.
"Saya agak kecewa dengan UMNO kerana mereka mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan parti yang banyak menimbulkan masalah sebelum ini.
"Apa yang kita buat sekarang hanya pasrah dan berdoa supaya Bung Moktar dapat ditukarlah demi kepimpinan UMNO.
"Mereka cuba nafikan tetapi sudah tentu sekarang UMNO terbentuk kepada dua kumpulan dan sudah tentu kita berada di kumpulan yang menentang Bung Moktar dan Mohd Shafie (Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Balai Polis Karamunsing, di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan kartel dadah yang ditahan di Sabah mempunyai hubungan dengan salah seorang pemimpin Warisan.
Mengulas lanjut, Zulkarnain turut mendakwa banyak kelemahan Warisan ketika memimpin kerajaan Sabah.
"Kita tidak tahu bagaimana Bung Moktar mahu bekerjasama dengan pimpinan Warisan. Kalau beliau masih mahu meneruskan niatnya itu, saya fikir jentera kita sudah bersedia untuk melawan parti itu," katanya.
Mengulas mengenai kartel dadah yang ditangkap polis baru-baru ini, ia dilihat mencemarkan nama baik badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.
"Begitu juga imej negeri Sabah tidak baik di seluruh negara. Bagaimanapun, kita mengucapkan tahniah kepada pihak polis secara diam-diam mereka bekerjasama baik dengan pihak berkaitan untuk menahan suspek," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#kerjasama UMNO-Warisan
#Zulkarnain Mahdar
#kartel dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan