awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Nik Elin: Bukan ‘Black Friday’, UMNO sokong usaha perkasa Mahkamah Syariah - Mohamad Hasan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/02/2024
03:57 MYT
Kes Nik Elin: Bukan ‘Black Friday’, UMNO sokong usaha perkasa Mahkamah Syariah - Mohamad Hasan
Mohamad berkata UMNO menyokong segala usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah termasuk jika perlu melakukan pindaan Perlembagaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: UMNO menyokong segala usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah termasuk jika perlu melakukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan, langkah tersebut perlu untuk memastikan apa juga masalah dapat diselesaikan segera tanpa menimbulkan suasana yang tidak menentu.
Justeru, beliau menambah UMNO turut meminta pihak berkaitan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar meneliti cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan.
“Apa yang baik untuk agama dan negara, UMNO terus menyokong dan mahu melihat supaya kebaikan dapat kita bawa.
“Jadi boleh dilihat semula sama ada kita nak pinda Perlembagaan atau tidak.
“Jadi di peringkat negeri pula, mesti faham bahawa negeri tidak boleh buat apa-apa perundangan yang bercanggah atau bertindih dengan apa sedia ada dalam peringkat Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, di sini pada Sabtu.
Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mahkamah Persekutuan pada Jumaat mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.
Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Menteri Luar berpandangan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tiada kaitan dengan kedudukan agama Islam dan Mahkamah Syariah.
Sebaliknya, beliau menegaskan ia melibatkan keputusan Kerajaan Kelantan yang dilihat bertindih dengan Perlembagaan Persekutuan dalam menggubal enakmen undang-undang syariah di peringkat negeri.
“Jadi ia bukannya ‘Black Friday’ ke apa semua. Apa yang patut kita lakukan, saya dulu daripada negeri (bekas Menteri Besar), kami apabila nak buat undang-undang enakmen jenayah ataupun undang-undang agama Islam, kami akan semak sebab kita ada penasihat undang-undang.
“Mereka akan semak sama ada bertindih atau tidak dengan kanun jenayah di Persekutuan.
“Itu penting kerana wujud dalam Perlembagaan, dan negeri tidak boleh buat undang-undang enakmen yang bercanggah atau bertindih dengan akta Parlimen,” ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Kes Nik Elin
#Mohamad Hasan
#UMNO
#Black Friday
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan