KUALA LUMPUR: Polis memanggil Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mengenai darurat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dibuat pada 12 Januari lalu.
Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer pada Selasa.
Menurut Rayer, beliau telah dihubungi pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah, Bahagian Pendakwaan / Undang-undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada Isnin.
"Guan Eng akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, di laman Twitter, Guan Eng mempertikai tindakan berkenaan.
"Satu lagi tindakan untuk melenyapkan suara pembangkang selepas parlimen digantung demi mengekalkan kuasa kerajaan PN yang sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen?," katanya dalam satu ciapan di Twitter.
Pada 12 Januari lalu, PH dalam satu kenyataan bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Guan Eng menolak rasional serta alasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia daripada ancaman Covid-19.
Kata kenyataan itu, undang-undang sedia ada termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak tersebut.
Astro Awani
Tue Feb 23 2021

Polis Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mengenai darurat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dibuat pada 12 Januari lalu. - Gambar fail

Agenda AWANI: Memahami faedah vaksin COVID-19
Lindungi diri, lindungi semua. Pertingkatkan lagi pemahaman kita mengenai faedah vaksin COVID-19. Diskusinya bersama Nazri Kahar dan Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng.

Agenda AWANI: SOP ibadah umrah norma baharu
Pastinya ramai umat Islam rindu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Apakah SOP yang telah digariskan oleh kerajaan Arab Saudi kepada mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah? Diskusi Nazri Kahar bersama Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Sevices Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

AWANI Ringkas: ADUN Sebatik umum keluar Warisan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Peniaga gulai itik parah, perut terburai di dalam kereta
Seorang peniaga warung makan berusia 59 tahun ditemui cedera parah dengan perut terburai akibat ditikam orang tidak dikenali dalam kejadian samun di Jalan Lencongan Timur Sungai Petani awal pagi Khamis.

MyFutureJobs | Kerajaan sasar kenaikan 20 peratus penempatan pekerjaan
Kementerian Sumber Manusia meletakkan sasaran kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam penempatan pekerja menerusi MyFutureJobs, tahun ini berbanding tahun lalu.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892524/8967789641614256142621_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)

Thailand terima bekalan pertama vaksin China
Thailand menerima kumpulan pertama 200,000 dos vaksin Sinovac keluaran China dengan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-Cha akan menjadi individu pertama disuntik diikuti petugas barisan hadapan dan golongan mudah terjejas.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 25 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Penggunaan domestik kekal terajui kestabilan ekonomi China
Kestabilan ekonomi China terus disumbang penggunaan domestik yang mencecah nilai AS$6 trilion atau RM24.2 trilion pada 2020 sekali gus menyumbang 54.3 peratus kepada KDNK.

COVID-19: Kes kembali bawah 2,000, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM 25 Feb
Sebanyak 105 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes).

FB Live mengenai darurat: Aziz Bari beri keterangan kepada polis
Dia dipanggil polis untuk memberi keterangan bermula jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari.

Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi
Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO sedikit sebanyak mampu mempengaruhi akar umbi UMNO memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.

Kes tolak darurat: Guan Eng dipanggil ke Bukit Aman
Polis memanggil Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mengenai darurat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dibuat pada 12 Januari lalu.

Najib Razak jelaskan maksud 'kerjasama dengan seteru politik'
Najib berkata, Tun Abdul Razak juga pernah melakukan perkara sama demi 'kestabilan dalam negara untuk memulihkan negara'.

Zahid nafi UMNO pernah bincang wujudkan kerjasama dengan DAP
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa parti itu pernah berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ramai ahli tidak bermaksud menang PRU - MCA
Mana-mana parti yang mempunyai ramai ahli seperti MCA dan UMNO tidak menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pertandingan tiga penjuru PRU-15 rugikan politik Melayu-Islam, kestabilan negara - PINTAR
Analisa senario pertembungan dua atau tiga penjuru ini dibuat setelah mengambilkira situasi politik semasa.

PH tak boleh layan rakyat seperti Najib lakukan - Tun Mahathir
Perkara itu diakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan mereka tidak dapat memberi wang kepada rakyat seperti yang Najib lakukan.

Ahmad Zahid tiada arah, masih bingung pimpin UMNO - Penganalisis
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini disifatkan masih bingung dan tiada arah dalam menafsir pimpinannya sendiri kepada parti.

Cara terbaik memperingati Tunku dengan merealisasikan cita-cita beliau - Lim Kit Siang
Cara terbaik untuk memperingati memori Tunku adalah dengan merealisasikan cita-cita beliau.