awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zahid: UMNO Pulau Pinang terus sokong Ahmad Zahid

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
05/09/2023
04:15 MYT
Kes Zahid: UMNO Pulau Pinang terus sokong Ahmad Zahid
Musa menyifatkan pendakwaan yang dikenakan terhadap Ahmad Zahid adalah pendakwaan terpilih dan berharap ia tidak berulang kepada mana-mana pihak lain. - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: UMNO Pulau Pinang menyatakan komitmen terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO Malaysia dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat.
Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan tanpa dibebaskan atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi pada Isnin.
Musa menyifatkan pendakwaan yang dikenakan terhadap Ahmad Zahid adalah pendakwaan terpilih dan berharap ia tidak berulang kepada mana-mana pihak lain.
"UMNO Negeri Pulau Pinang menzahirkan rasa syukur dengan laporan berita berkaitan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
"Bagi kami, tindakan pihak pendakwaan memohon untuk prosiding dihentikan adalah selaras dengan peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Musa, berdasarkan 11 alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Ahmad Zahid, seharusnya memberi pengajaran kepada semua.
Jelasnya, semua institusi keadilan negara perlu diletakkan kembali atas landasan yang sebenar tanpa campurtangan politik pihak tertentu.
"Pada saat ini, betapa perlunya semua institusi keadilan negara diletakkan kembali atas landasan yang sebenar tanpa campurtangan politik pihak tertentu, supaya pendakwaan terpilih sebagaimana dikenakan terhadap Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno Malaysia tidak berulang kepada mana-mana pihak lain.
"Ini, demi kelangsungan Kerajaan Madani Malaysia dalam usaha mereformasikan institusi agar perlembagaan dan semangat keadilan dalam institusi-institusi berwajib di negara ini terus ditegakkan." katanya lagi.
Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zahid sebelum ini berdepan lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.
Topic Berkaitan
#Umno Pulau Pinang
#Ahmad Zahid Hamidi
#Musa Sheikh Fadzir
#AMLA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan