awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketiadaan PAS mudahkan pembentukan Pakatan Rakyat baharu- Salahuddin

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2015
08:29 MYT
Ketiadaan PAS mudahkan pembentukan Pakatan Rakyat baharu- Salahuddin
SALAHUDDIN: Keputusan PAS itu akan memudahkan Parti Amanah, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0. - Gambar Fail
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub melihat keengganan PAS untuk bersama blok pembangkang bakal memudahkan penubuhan Pakatan Rakyat yang baharu.
Beliau antara lain turut mengulangi komitmen Amanah untuk terus bersedia menubuhkan muafakat pembangkang yang baharu.
"Saya berpendapat bahawa keputusan PAS itu akan memudahkan Parti Amanah, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.
"Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu," kata Salahuddin dalam satu kenyataan media.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan pendirian PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana pengkhianatan.
Malah Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyifatkan tindakan PAS menolak untuk berunding dengan DAP dan AMANAH dalam sesi sidang meja bulat Selasa depan adalah dengan alasan ini bukan waktu yang sesuai.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Gabungan Harapan Baru
#GHB
#PAS
#pilihan raya umum
#PRU
#PRU-14
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan