awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua parti diminta tentukan kehadiran dalam dewan - Speaker

Bernama
Bernama
26/07/2021
04:23 MYT
Ketua parti diminta tentukan kehadiran dalam dewan - Speaker
Azhar meminta ketua parti agar membuat penggiliran kehadiran Ahli Parlimen masing-masing setiap jam bagi mengelakkan risiko penularan COVID-19. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi ini dimulakan dengan pemashyuran Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta semua ketua parti menentukan kehadiran Ahli Parlimen masing-masing di dalam dewan, walaupun pada masa ini tiada had kehadiran dalam dewan.
Beliau meminta ketua parti agar membuat penggiliran kehadiran Ahli Parlimen masing-masing setiap jam bagi mengelakkan risiko penularan COVID-19.
"Pada masa ini, kita memutuskan tiada had kehadiran dalam dewan dan tempoh masa persidangan sehingga 5.30 petang. Bagaimanapun, saya meminta kerjasama semua ketua parti agar dapat 'rotate' (menggilirkan) keahlian dalam dewan setiap jam," katanya.
Beliau berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Parlimen Jumaat lepas dan turut memaklumkan masih mempertimbangkan jumlah kehadiran dan masa persidangan.
Pada masa sama, Azhar mengesahkan terdapat dua Ahli Parlimen yang positif COVID-19, selain sekurang-kurangnya lima yang lain dikuarantin kerana menjadi kontak rapat.
Selain itu, beliau berkata seramai 12 petugas Parlimen turut dijangkiti COVID-19 manakala 58 yang lain dikuarantin.
"Itu adalah situasi COVID-19 di Parlimen setakat 'swab test' yang diadakan pada Jumaat lepas. Saya masih menunggu keputusan (Kementerian Kesihatan) mengenai cadangan untuk meminimumkan risiko penularan COVID-19 di Parlimen," katanya.
Terdahulu, Azhar berkata beliau mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi ini bagi membincangkan perkara-perkara berkenaan penyelarasan urusan Dewan Rakyat sepanjang Mesyuarat Khas itu.
Beliau berkata mesyuarat itu bagi meminta pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai keadaan COVID-19 selain kaedah yang boleh dilaksanakan pada persidangan khas itu.
Persidangan Khas lima hari mulai hari ini dilaksanakan secara bersemuka dengan kehadiran semua Ahli Parlimen di dalam dewan, namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
SEMUA YANG BERLAKU DI PARLIMEN ADA DI LAMAN MIKRO SISITV PARLIMEN DI SINI
Penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka selain menjalani ujian saringan COVID-19 adalah antara perkara yang wajib dipatuhi oleh Ahli Dewan Rakyat, petugas Parlimen dan media.
Pada Jun lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahas Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Pada 5 Julai, kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan khas Dewan Rakyat bagi penggal ketiga diadakan selama lima hari pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Khas Parlimen
#COVID-19
#Azhar Azizan Harun
#kehadiran
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan