awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PKR Jempol antara 26 keluar parti

Bernama
Bernama
15/07/2020
23:22 MYT
Ketua PKR Jempol antara 26 keluar parti
Kumpulan itu menyalahkan kegagalan pucuk pimpinan PKR menyelesaikan kemelut dalaman sehingga menyebabkan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan tumbang.
Ketua PKR Jempol Karip Mohd Salleh antara 26 individu dari cabang itu yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta semalam atas alasan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti peringkat pusat dan negeri.
Karip yang mengetuai kumpulan itu turut menyalahkan kegagalan pucuk pimpinan PKR menyelesaikan kemelut dalaman sehingga menyebabkan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan tumbang.
"Pemecatan dan penggantungan ahli yang berterusan juga adalah langkah sumbang.
"Kebanyakan yang keluar hari ini adalah ahli jawatankuasa Cabang Jempol termasuk lantikan dan sebahagiannya yang digantung keahliannya oleh parti. Saya juga telah digantung pada April lepas dan kami tidak akan merayu," katanya pada sidang media mengenai perkara itu, di sini pada Rabu.
Karip berkata Timbalannya Halim A. Aziz; Naib Ketua 1 T. Murly; Timbalan Ketua Wanita Norizan Musa; Ketua Srikandi yang juga Setiausaha Srikandi Negeri Sembilan Shahira A Rahman dan Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nur Akmal Idzwan Wahid adalah antara yang keluar parti semalam.
Karip berkata kumpulan itu turut menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gantung keahlian
#hilang kepercayaan
#Jempol
#Karip Mohd Salleh
#keluar parti
#Muhyiddin Yassin
#Negeri Sembilan
#Pakatan Harapan
#pecat
#Perikatan Nasional
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan