awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Srikandi PKR umum keluar parti, hilang keyakinan pada idealisme parti

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2020
08:30 MYT
Ketua Srikandi PKR umum keluar parti, hilang keyakinan pada idealisme parti
Nurainie berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara melalui platform sedia ada serta memberi sepenuh komitmen terhadap usaha membantu golongan yang memerlukan. - Gambar FB Nurainie
Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurainie Haziqah Shafii mengumumkan melepaskan jawatan dan keluar daripada parti itu.
Dalam satu kenyataan, Nurainie berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak lagi yakin kepada idealisme perjuangan serta hala tuju parti tersebut.
Serentak itu, Nurainie turut memaklumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
”Keputusan ini diambil atas prinsip bahawa jawatan ini adalah atas kapasiti saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, Nurainie merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
Nurainie berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara melalui platform sedia ada serta memberi sepenuh komitmen terhadap usaha membantu golongan yang memerlukan melalui kapasitinya sebagai seorang peguam.
”Prinsip ini telah saya junjung sejak saya menjadi seorang aktivis bermula di universiti dan kemudian menubuhkan pelbagai platform NGO yang aktif sehingga kini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#idealisme
#keluar
#Majlis Bandaraya Petaling Jaya
#MBPJ
#Nurainie Haziqah Shafii
#parti
#Parti Keadilan Rakyat
#perjuangan
#PKR
#politik
#Srikandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan