Skip to main content

Politik

‘Ketuanan Melayu, Islam antara Pas dan UMNO saling melengkapi’ - Abdul Hadi

​MARANG – Kerjasama serta persefahaman yang terjalin antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bukanlah wayang politik atau sekadar rekaan semata-mata.  ​Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, dakwaan atau persepsi dilemparkan sesetengah pihak terhadap hubungan itu adalah tidak berasas memandangkan kedua-dua parti memberikan komitmen penuh dari segi tenaga dan kewangan sepanjang tempoh kempen.
Abdul Hadi (tengah) ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang pada Jumaat.
Advertisement

MARANG: Gagasan 'Ketuanan Melayu' yang didukung UMNO dan konsep 'Ketuanan Islam' yang diperjuangkan Pas tidak akan menjadi cabaran ideologi dalam kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebaliknya mampu digabungkan secara harmoni.

​Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana prinsip asas identiti Melayu dan agama Islam di negara ini secara hakikatnya adalah saling melengkapi dan tidak boleh dipisahkan.

​"Insya-Allah mampu disatukan. Seperti yang saya katakan, Melayu dengan Islam tidak berpisah.

​"Di negara kita ini, istilah Melayu dan Islam itu seolah-olah seerti. Sehingga orang India, orang Arab atau keturunan apa sekalipun, kalau dia masuk Islam, orang sebut 'masuk Melayu'.

"Tetapi kalau orang Melayu murtad, dia sudah dianggap bukan Melayu lagi," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

​Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekhuatiran sesetengah pihak berhubung potensi pertembungan ideologi antara konsep kebangsaan dan perjuangan Islam yang dibawa kedua-dua parti.

​Jelas Abdul Hadi, perbezaan pendekatan antara Pas yang berpaksikan Islam dan UMNO yang mengangkat Melayu tidak menjejaskan hubungan kedua-duanya kerana kedua-dua pihak berkongsi asas dasar yang sama malah perbezaan itu ia boleh diselesaikan seterusnya mencapai kata sepakat bersama.

"Tidak menjadi cabaran (perbezaan ideologi). Boleh selesai, boleh selesai,"ujarnya.

​Mengulas mengenai hala tuju sokongan pengundi, beliau turut meminta rakyat agar memberikan sokongan kepada calon-calon Melayu-Islam daripada PN dan BN, serta calon bukan Islam daripada parti komponen seperti MCA dan MIC yang tidak berfikiran ekstrem.

​"Kita nak pastikan Melayu-Islam memimpin semula. Orang bukan Islam tidak perlu takut kerana Islam ini agama yang politiknya tidak berpisah daripada agama, ada pertimbangan dosa dan pahala," katanya.

​Tambah beliau lagi, pengundi wajar menolak kelompok yang nyata bertentangan dengan hukum Islam serta individu Melayu yang hilang semangat agama dan kebangsaan.

"Sebab itu kita suruh undi calon Melayu-Islam daripada Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, termasuk bukan Islam yang tidak ekstrem. MCA, MIC yang tidak ekstrem. Sokong dan orang bukan Islam jangan takut, kerana Islam ini agama yang politiknya tidak berpisah daripada agama.

"Agama lain mungkin pisahkan politik daripada agama, atau ideologi yang tidak ada kaitan dengan agama. Kita orang Islam, politik ada kaitan dengan agama, ada dosa dan pahala. ​Jadi kita pilih calon orang Islam, Pas ke, UMNO ke, Bersatu ke daripada Perikatan Nasional, dan pilih calon bukan Islam MCA/MIC yang tidak ekstrem.

"Kita tolak calon PH (Pakatan Harapan) terutamanya DAP yang ekstrem, yang nyata bertentangan dengan hukum Islam. Maksudnya, orang Melayu yang tidak ada semangat agama dan semangat kebangsaan pun kena tolak juga," ujar beliau. - Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement