KUALA NERUS: Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali masih mengambil sikap 'kunci mulut' berhubung percaturan politik beliau termasuk perancangannya dalam pilihan raya umum akan datang.
Meskipun dilihat 'mesra UMNO' selepas mengumumkan keluar daripada Pas pada Mac lepas, beliau masih berteka-teki mengenai haluan perjuangan politiknya.
"Masuk UMNO atau tidak, itu jatuh nombor dua... yang penting sekarang, fokus saya untuk rakyat di Kuala Nerus.
"Saya sentiasa membantu sesiapa sahaja yang meminta pertolongan, macam hari ini saya berterima kasih kepada UMNO Terengganu dan Bahagian Kuala Nerus kerana mahu menghulur tangan bersama-sama dalam melaksanakan program untuk rakyat," katanya kepada pemberita pada Program Korban Perdana #Keluarga Malaysia Kuala Nerus yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Ahmad pula berkata program itu adalah manifestasi konsep penyatuan ummah demi kebaikan rakyat yang melangkau ideologi politik.
"UMNO Terengganu berharap lebih banyak program kerjasama sebegini akan dibuat di kawasan lain selepas ini. Kita nak berpolitik masa pilihan raya tak apalah, lepas tu kena utamakan rakyat," katanya.
Khairuddin menyumbangkan 12 ekor lembu manakala UMNO Bahagian Kuala Nerus menyumbangkan 10 ekor dalam program ibadah korban perdana itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022
Meskipun dilihat 'mesra UMNO' selepas umum keluar daripada Pas pada Mac lepas, beliau masih berteka-teki mengenai haluan perjuangan politiknya. - Gambar fail
Penjawat awam diharap laksana pembaharuan digarap Kerajaan Madani - KSN
Mohd Zuki berkata pembinaan negara bangsa amat bergantung kepada produktiviti dan prestasi para pekerja yang merupakan jentera utama pembangunan negara.
Kenaikan gaji penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam - CUEPACS
Pengumuman kerajaan berhubung kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini satu penghargaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam negara yang meletakkan negara di landasan kukuh, kata Kongres
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 2 Mei hingga 8 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Pantau Agenda Reformasi: Pantau kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah UMK
Perincian kenaikan ketika pembentangan Belanjawan 2022
Menteri Komunikasi itu berkata kenaikan itu hanya boleh berlaku susulan pengurusan dan tatakelola yang lebih baik diamalkan Kerajaan Perpaduan, terutamanya dalam usaha melawan rasuah.
19 maut lebuh raya runtuh di Guangdong, China
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou.
PM arah segera tubuh Suruhanjaya Pekerja GIG
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan pendapatan minimum penjawat awam meliputi gaji dan elaun mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini.
Kenaikan beri impak kepada perspektif ekonomi negara
Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi.
Kementerian Pengangkutan pantau perkembangan ruang udara
Kementerian Pengangkutan (MoT) memantau rapi perkembangan terkini situasi Gunung Ruang, Indonesia yang dilaporkan meletus sebanyak tiga kali semalam dan mengakibatkan abu merebak ke negara ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Kebakaran sampah jejas kesihatan penduduk
Kebakaran kawasan pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan,Kuala Nerus sejak enam hari lalu menimbul kesulitan dan keresahan penduduk dikawasan berhampiran.
Penduduk mendakwa kebakaran itu mengakibatkan kawasan berkenaan diselubungi asap tebal hingga mengganggu rutin harian dan bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Penduduk mendakwa kebakaran itu mengakibatkan kawasan berkenaan diselubungi asap tebal hingga mengganggu rutin harian dan bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
PRN: Jaga akhlak ketika perjuang politik Islam - Khairuddin
"Sekiranya pejuang Islam gagal berakhlak mulia, kepada apakah mereka berdakwah dan mereka perjuangkan?" soal Mohd Khairuddin Aman Razali.
PRN: Khairuddin nafi bakal calon MB Terengganu
Menurutnya, fokus utama beliau pada pilihan raya kali ini adalah untuk membantu calon UMNO dan BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.
PM Anwar lancar DPTN 2.0 esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 pada Majlis Himpunan 23K Huffaz yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur esok.
Umat Islam tak wajar terlibat penerbitan filem bertentangan akidah - Khairuddin
Kenyataan itu merujuk kepada filem 'Mentega Terbang' yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.
Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'
Katanya, PN hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.
PRU15: Tidak wujud 'Little Napoleon' dalam Pas - Mohd Syahir
Katanya, ia berdasarkan tindak tanduk Abdul Hadi yang tidak pernah membuat keputusan menggunakan kuasa veto.
PRU15: Khairuddin bertanding atas tiket BN kerana mahu perkasa Muafakat Nasional
Khairuddin konsisten perjuang muafakat antara UMNO dan Pas bagi menghalang kemaraan Pakatan Harapan daripada berkuasa.
PRU15: Khairuddin, Che Abdullah sah bertanding atas tiket BN
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Datuk Che Abdullah Mat Mawi sah bakal bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO Terengganu tidak pernah namakan Khairuddin sebagai calon - Ahmad Said
Ahmad Said berkata tiada sebarang rundingan dilakukan berhubung perkara tersebut.
Waspada agenda pecah-belahkan MN - Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata, kenyataan bahawa BN adalah musuh PN ternyata meletakkan Pas dalam dilema.