KUALA TERENGGANU: Ahli Pas dan UMNO diingatkan supaya berhati-hati dengan agenda memecah-belahkan Muafakat Nasional (MN) susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN menjadi musuh utama PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kenyataan bahawa BN adalah musuh PN ternyata meletakkan Pas dalam dilema.
"Pas baru sahaja berusaha membina kembali jambatan yang sudah mula terbakar berikutan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung Pas bahawa BN bukan musuh Pas dalam PRU15.
"Ia adalah talian hayat kerjasama politik. Namun, ia tidak disenangi oleh setengah pihak yang akan terjejas dengan kerjasama MN ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, malam tadi.
Menurut Khairuddin, MN telah melakar sejarah kesatuan dalam kalangan umat Islam menerusi penyatuan dua parti politik terbesar Melayu Islam.
Ujar beliau, kehadiran MN menakutkan Pakatan Harapan (PH) untuk berhadapan pada PRU15.
"Mereka sudah membayangkan sekurang-kurangnya 28 kerusi Parlimen akan terlepas ke tangan sama ada UMNO atau Pas menerusi MN. Maka tidak pelik perancangan dibuat untuk membakar jambatan MN.
"Jambatan MN yang mula terbakar menjadikan PH bernafas kembali. Agenda untuk memecahkan MN sentiasa berjalan.
"Percikan api pertembungan antara Pas dan UMNO sangat mudah merebak. Hanya dengan sedikit minyak, api menjadi marak kerana mereka telah bertembung selama 45 tahun sejak 1978.
"Ahli Pas dan UMNO perlu berhati-hati dengan agenda perpecahan ini," katanya.
BACA: Usaha hidupkan semula MN, Muhyiddin akan jumpa Hadi
Muhyiddin ketika berucap ketika Sambutan Ulang Tahun ke-6 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Putrajaya pada Sabtu menegaskan bahawa ketetapan yang telah disepakati gabungan itu ialah BN merupakan musuh utama pada PRU15.
Pengerusi PN itu turut mengingatkan komponen parti berkenaan supaya bergerak sebagai satu pasukan dengan hala tuju yang sama.
Bagaimanapun, pendirian itu dilihat berbeza dengan Pas kerana pada 20 September lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun sekali gus tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam PRU15.
Sebaliknya, beliau berkata, Pas tetap menegaskan bahawa musuh sebenar agenda penyatuan ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya termasuk ‘khemah besar’. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 25 2022
Menurut Khairuddin, MN telah melakar sejarah kesatuan dalam kalangan umat Islam menerusi penyatuan dua parti politik terbesar Melayu Islam. - Gambar fail
AWANI 7:45 [07/05/2024] - Buru dalang simbah asid | Pokok tumbang ragut nyawa | JDT lawan Selangor | 110 kontena Malaysia ke Gaza
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
- Serangan asid, Faisal Halim kritikal, seorang lagi suspek direman
- Pokok gergasi tumbang, seorang maut, seorang parah
- JDT lawan Selangor, Piala Sumbangsih tetap berjalan, polis beri amaran elak provokasi
- Misi bantuan kecemasan, PM dijangka ke sempadan Rafah bulan depan
- Serangan asid, Faisal Halim kritikal, seorang lagi suspek direman
- Pokok gergasi tumbang, seorang maut, seorang parah
- JDT lawan Selangor, Piala Sumbangsih tetap berjalan, polis beri amaran elak provokasi
- Misi bantuan kecemasan, PM dijangka ke sempadan Rafah bulan depan
AWANI Ringkas: Polis kesan pemilik akaun timbul kebencian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Bayi maut, jangkitan kuman di rumah pengasuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Indonesia transformasi sektor teknologi, kurangkan pergantungan kepada pasaran luar
Joko Widodo sedang mendorong transformasi dalam sektor teknologi negara dalam mengubah statusnya daripada sebuah negara pengguna kepada pengeluar.
PRN: Jaga akhlak ketika perjuang politik Islam - Khairuddin
"Sekiranya pejuang Islam gagal berakhlak mulia, kepada apakah mereka berdakwah dan mereka perjuangkan?" soal Mohd Khairuddin Aman Razali.
PRN: Khairuddin nafi bakal calon MB Terengganu
Menurutnya, fokus utama beliau pada pilihan raya kali ini adalah untuk membantu calon UMNO dan BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.
PM Anwar lancar DPTN 2.0 esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 pada Majlis Himpunan 23K Huffaz yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur esok.
Umat Islam tak wajar terlibat penerbitan filem bertentangan akidah - Khairuddin
Kenyataan itu merujuk kepada filem 'Mentega Terbang' yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.
Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'
Katanya, PN hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.
PRU15: Tidak wujud 'Little Napoleon' dalam Pas - Mohd Syahir
Katanya, ia berdasarkan tindak tanduk Abdul Hadi yang tidak pernah membuat keputusan menggunakan kuasa veto.
PRU15: Khairuddin bertanding atas tiket BN kerana mahu perkasa Muafakat Nasional
Khairuddin konsisten perjuang muafakat antara UMNO dan Pas bagi menghalang kemaraan Pakatan Harapan daripada berkuasa.
PRU15: Khairuddin, Che Abdullah sah bertanding atas tiket BN
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Datuk Che Abdullah Mat Mawi sah bakal bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO Terengganu tidak pernah namakan Khairuddin sebagai calon - Ahmad Said
Ahmad Said berkata tiada sebarang rundingan dilakukan berhubung perkara tersebut.
Waspada agenda pecah-belahkan MN - Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata, kenyataan bahawa BN adalah musuh PN ternyata meletakkan Pas dalam dilema.