POLITICS
Kimanis kekal di tangan BN, peroleh majoriti lebih besar

Mohamad Alimin menewaskan pencabarnya, calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang dalam pertandingan satu lawan satu itu Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis apabila calonnya, Datuk Mohamad Alamin berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,029 undi.
Beliau sekali gus menewaskan pencabarnya, calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim
Bujang dalam pertandingan satu lawan satu itu Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kimanis Pegawai Pengurus PRK Jupari@Jupry Etok pada jam 9:30 malam.
Mohamad mendapat 12,706 undi, menewaskan Karim yang mendapat 10,677 undi.
PRK Parlimen Kimanis adalah PRK ke-10 diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami