awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
Sidang Parlimen buka tirai Isnin, titah Agong tumpuan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kimanis Memlih: 'Cukuplah tidur dalam kereta' - Shafie Apdal

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/01/2020
09:39 MYT
Kimanis Memlih: 'Cukuplah tidur dalam kereta' - Shafie Apdal
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal antara pemimpin yang mempunyai jadual yang padat sepanjang kempen Pilihan Raya (PRK) Kimanis yang memasuki hari ketujuh kempen, hari ini.
Justeru, penting untuk Ketua Menteri Sabah itu menjaga kesihatan dan kekal cergas dalam membantu jentera kempen.
Menurut Shafie, beliau hanya mengalami masalah sakit tekak dan batuk berikutan banyak menghadiri ceramah.
“Saya masih okay, suara saya sahaja yang hilang tetapi saya rasa masih boleh bercakap.
“Saya berjalan (menghadiri ceramah) di mana sahaja dan setiap hari. Saya dulu dalam politik memang begitu, sedikit batuk dan selesema,” katanya, hari ini.
Ditanya sama ada beliau menikmati wakti tidur yang cukup sepanjang berkempen, Mohd Shafie berkata: “Ya lah, tidur di kereta pun cukup la itu.”
PRK Kimanis yang dijadual berlangsung pada 18 Januari ini menyaksikan pertembungan antara calon Warisan, Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin.
Antara pemimpin yang turut hadir membantu kempen PRK Kimanis ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi/
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Karim Bujang
#kempen politik
#Kimanis Memilih
#Malaysia Baharu
#Mohd Shafie Apdal
#Parti Warisan Sabah
#PRK Kimanis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan