awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ minta UMNO bergerak ke hadapan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/07/2020
10:33 MYT
KJ minta UMNO bergerak ke hadapan
Khairy Jamaluddin meminta parti terbesar orang Melayu itu bergerak ke hadapan. - Gambar fail/BERNAMA
Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta UMNO bergerak ke hadapan dan melakukan proses peremajaan parti susulan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, walaupun semua pihak berhak memberikan sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri itu, namun beliau berharap parti tidak diheret sekali dalam kes tersebut.
"Saya yakin ahli-ahli UMNO akan terus setia kepada parti melebihi kesetiaan kita kepada mana-mana individu di dalam parti.
"Tibalah masa untuk kita bina semula parti keramat UMNO ini dan untuk kita melihat kepada suatu peralihan generasi kepimpinan yang bakal membawa parti ke era yang baharu," katanya dalam Twitter di sini, pada Selasa.
Move on, UMNO. https://t.co/wXdsk0SNIc
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 28, 2020
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, meskipun Najib masih ada ruang untuk merayu, namun keputusan mahkamah itu memberi kesan besar kepada UMNO.
Hari ini, Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#mahkamah
#Najib Razak
#Pemuda UMNO
#penjara
#Perdana Menteri
#SRC International
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan