SHAH ALAM : Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, sejak beberapa minggu ini beliau melihat ada kebarangkalian untuk membuka parti lain.
"Saya lihat jika kita dapat permulaan kedua dalam politik, kenapa tidak permulaan itu 'on our own terms' (mengikut syarat kita sendiri)," katanya dalam program Keluar Sekejap pada Isnin.
Tambah Khairy, menyertai parti baharu memerlukan beliau untuk menyesuaikan diri dengan cara parti tersebut dalam melakukan sesuatu, yang mungkin tidak sejajar dengan prinsipnya.
Ujarnya lagi, beliau terpaksa membuat pelarasan serupa apabila menyertai UMNO.
"Kalau kita masuk mana-mana rumah (parti) perlu menyesuaikan diri dengan adat resam kediaman itu dan tidak mungkin ia 100 peratus seperti apa yang kita kehendaki.
"Seperti UMNO, saya tidak kesal menyertai dan memilihnya tetapi saya percaya kena sesuaikan diri," jelasnya.
Pada masa sama, Khairy berkata, jika menubuhkan parti politik, ia mempunyai risiko yang tinggi seperti kehilangan wang deposit dan diketawakan seperti yang berlaku kepada Pejuang.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa penubuhan parti baharu mungkin akan mendatangkan kepuasan kerana melakukannya dengan syarat sendiri.
"Jadi kalau kita buat parti sendiri, kita kena bersedia untuk tidak memenangi beberapa pilihan raya, tetapi satu hari nanti siapa tahu,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 05 2023

Khairy berkata, sejak beberapa minggu ini beliau melihat ada kebarangkalian untuk membuka parti lain. - Gambar fail

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.

Setuju mansuh pencen Ahli Parlimen, juga pencen penjawat awam - Khairy
Pemansuhan itu harus dilakukan secepat mungkin kerana selagi ia ditangguhkan, selagi itu ia memberi kesan kepada kewangan negara.

Tafsir al-Quran: Khairy, Shahril tidak setuju tindakan Howard Lee
Kedua-dua ahli politik itu beranggapan kurang sesuai Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menggunakan ayat al-Quran apatah lagi dengan persepsi DAP tidak mesra kepada Islam.

Saya ragui Idrus akan hadir mesyuarat JKPK - KJ
"Beliau akan bersara dan menghilang selepas pencen nanti. Kalau beliau datang pun, mungkin akan beri jawapan standard."

Dasar GEG: Isu kompaun antara yang tidak dipersetujui, harap sokongan dua pertiga - Dr Zaliha
Pada 12 Jun lalu, Dasar GEG atau RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan.

'BRI China vs Friend-Shoring AS, Malaysia harus bijak hidu peluang'
AS kini dilihat mula memperluaskan polisi Friend-shoringnya ke negara ASEAN, Vietnam pilihan utama khususnya dalam sektor semikonduktor

"Perkenal semula GST selepas mansuh beri kesan inflasi" - Khairy
Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan sebelum ini sebagai satu tindakan berani.

'Syed Saddiq, ahli Parlimen jujur dan berprinsip' - Khairy
Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan adalah berprinsip.

Masih awal label reformasi 'telah mati' - Chang Lih Kang
Chang Lih Kang berkata tidak adil untuk melabel agenda reformasi sebagai gagal, ketika tempoh pentadbiran kerajaan belum pun memasuki usia setahun.

Najib wajar dibebaskan untuk kuatkan gabungan BN-PH - Khairy
Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan bagi memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.