awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komponen BN jangan berebut kerusi pada PRU14 - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2017
11:24 MYT
Komponen BN jangan berebut kerusi pada PRU14 - Syed Ali
SYED ALI: PRU akan datang adalah pertarungan membabitkan komponen BN secara keseluruhannya. - Gambar fail
Komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan untuk mengelak daripada berebut kerusi sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee berkata, paling penting sekarang semua komponen perlu sekata dan bermuafakat untuk BN mengecap kemenangan dengan lebih cemerlang berbanding PRU lepas.
"Soal pembahagian kerusi sesama kerabat BN perlu diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Datuk Seri Najib yang juga Presiden UMNO akan menentukan calon-calon yang berkelayakan dan mempunyai keupayaan menandingi pihak lawan dan seterusnya memberi kemenangan kepada BN.
"Tak usahlah berebut kerusi sesama sendiri, ini akan membuka ruang kepada pihak pembangkang," tegasnya di dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali, yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras, turut mengingatkan parti politik dalam BN agar tidak mendabik dada dan mendakwa parti mereka lebih kuat serta memiliki sokongan besar.
"PRU akan datang adalah pertarungan membabitkan komponen BN secara keseluruhannya.
"Sikap seperti itu akan menyebabkan berlaku ketidakpuashatian sesama rakan BN di samping berupa tekanan kepada Najib.
"Serah dan akur keputusan Perdana Menteri (Najib). PRU14 bukan pilihan raya untuk agenda peribadi tetapi untuk kepentingan negara dan masa depan rakyat," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Najib Razak
#pilihan raya Malaysia
#PRU14
#Syed Ali Alhabshee
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan