KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Kongres Nasional 2023 selama dua hari bermula Sabtu ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kongres yang bertemakan 'Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI' itu akan dihadiri 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati.
"Ini adalah kongres tahunan yang pertama akan dihadiri oleh sidang perwakilan dari seluruh negara selepas setahun PKR bersama-sama dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
"Kongres akan turut dihadiri pimpinan utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan selain turut menerima kehadiran 50 perwakilan kedutaan asing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata isu kemakmuran ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial, tata kelola pentadbiran yang baik dan kestabilan politik akan menjadi tumpuan utama dalam perbahasan.
"Sudah tentu isu utama berhubung kos sara hidup, isu perpaduan dan 3R (agama, raja dan kaum), isu rasuah dan penyelewengan kuasa antara topik yang akan dipilih oleh para pembahas kita.
"Pembahas-pembahas akan diberikan kebebasan untuk berbahas, memberikan nasihat, mengkritik serta melontarkan idea kepada barisan pimpinan yang kemudiannya akan dijadikan panduan dan iltizam pimpinan ke arah lebih baik," katanya.
Selain itu, Saifuddin Nasution berkata menerusi kongres berkenaan, PKR akan sekali lagi menegaskan mesej dan pendirian terhadap isu kemanusiaan yang berlaku sejak berlaku kemelut Palestin dan negara haram Israel.
Beliau berkata PKR juga akan mengadakan slot khas bagi memperingati mangsa-mangsa kekejaman Israel dalam kongres berkenaan.
Kongres Nasional PKR 2023 akan dimulakan dengan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Nasional Wanita pada 8 pagi, disusuli acara Kongres Nasional peringkat pusat dengan ucapan dasar oleh Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus majlis perasmian kongres nasional pada 9 malam 25 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
PKR juga akan mengadakan slot khas bagi memperingati mangsa-mangsa kekejaman Israel dalam kongres berkenaan. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Fahmi nafi berbilion ringgit wang royalti masuk ke akaun PKR
Beliau berkata akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.
Fahmi kenang perjalanan 25 tahun PKR
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenang semula perjalanan parti PKR 25 tahun lepas yang bermula dengan satu gerakan massa.
'Kuasa adalah amanah, bukan keistimewaan' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan, yang perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Konvensyen Khas 25 Tahun PKR pada 28 April ini - Fahmi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan pada 28 April ini sempena ulang tahun parti itu, kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.
Permohonan masuk PKR ditangguh, pastikan tiada 'trojan horse' - Fahmi
Fahmi berkata beliau mengambil cakna tentang ada pihak yang memohon untuk menyertai PKR namun setelah diteliti, permohonan terpaksa ditangguh.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).