TASEK GELUGOR: Penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, boleh meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, konvensyen yang kali pertama diadakan selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan itu, akan memberi peluang kepada kepimpinan parti gabungan dari pelbagai peringkat untuk bersama.
"Walaupun Sekretariat Kerajaan Perpaduan telah mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali, tetapi konvensyen ini akan melibatkan kepimpinan pelbagai parti dari peringkat cawangan, Dewan Undangan Negeri, bahagian, Negeri dan Nasional.
"Ini adalah bagi mewujudkan keserasian di semua peringkat. Kami perlu wujudkan persefahaman baik antara pemimpin dan ia akan diikuti ke peringkat akar umbi," katanya kepada media di Majlis Sentuhan Ramadan di Masjid Jamek Al-Islah Pokok Tampang, di sini, pada Ahad.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman.
Apabila ditanya jika pihaknya sudah mendapat bayangan parti mana yang akan bertanding di kerusi mana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, beliau berkata, ia masih terlalu awal.
"Masih terlalu awal untuk kami memberikan bayangan. Yang penting ialah rundingan yang berasaskan kebolehmenangan. Bukan bertanding dengan berhasrat untuk mendapatkan jumlah tertentu, tapi yang penting adalah mendapatkan kemenangan," katanya.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, di peringkat Pulau Pinang, kepimpinan tertinggi akan menyerahkan kepada peringkat negeri iaitu Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang Chow Kon Yeow, dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, untuk membincangkannya.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional cuma akan menyentuh dari segi dasar sahaja. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, boleh meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail BERNAMA

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Gambar bekas pemimpin UMNO hanya dipasang ketika PAU - Sumali
Menurutnya, gambar bekas pemimpin UMNO hanya akan dipasang oleh perunding setiap kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) diadakan.

Noraini tolak andaian ahli UMNO keluar parti kerana DAP masuk Dewan Merdeka
Noraini menolak andaian kononnya ramai ahli UMNO akan keluar parti kerana pemimpin DAP masuk ke Dewan Merdeka, WTC pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.
![[KOLUMNIS] RAHMAH: Pencetus gerakan ekonomi rakyat [KOLUMNIS] RAHMAH: Pencetus gerakan ekonomi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684149845_SalahuddinAyub.jpg)
[KOLUMNIS] RAHMAH: Pencetus gerakan ekonomi rakyat
Usaha ini dilihat sebagai satu gerak kerja realistik dan praktikal dalam menggerakkan ekonomi domestik rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan wajar diadakan di peringkat negeri - Zahid
Konvensyen itu dapat menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap kerjasama yang dijalinkan oleh parti-parti dalam kerajaan perpaduan.

Hari Ibu: Jagalah ibu dengan penuh kasih sayang - PM Anwar
Anwar mengajak rakyat supaya sentiasa menghargai pengorbanan serta jasa yang dicurahkan insan bergelar ibu.

'Pertempuran PRU15 sudah berakhir, mari kita bina negara' - Ka Siong
Ahli politik disaran agar terus berlapang dada serta fokus terhadap proses membina Malaysia ke arah yang lebih dinamik dan inklusif.

'Geng Perpaduan' komitmen perkukuh perpaduan rakyat - Fadillah
Inisiatif 'Geng Perpaduan' atau 'GP' bukti komitmen semua parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan ke arah memperkukuhkan perpaduan demi membina negara bangsa.

19 parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu segerakan keserasian - Zahid
Semua 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menyegerakan keserasian bagi memperkukuhkan lagi hubungan, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang.

Konvensyen Nasional: Noktahkan permusuhan politik, tumpu agenda kerajaan - Adam Adli
Politik tanah air memerlukan nafas baharu dalam memastikan agenda yang dibawa Kerajaan Perpaduan dapat dicapai.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini
Konvensyen menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.