KUALA LUMPUR: Konvensyen melibatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di sini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi konvensyen yang akan disertai oleh 20 parti dalam Kerajaan Perpaduan itu adalah untuk memperlihatkan perpaduan dalam kalangan parti gabungan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sebanyak 20 parti di dalam Kerajaan Perpaduan ini dengan empat gabungan utama dalam parti akan berada pada satu tempat dan pada waktu yang sama.
"Ia bagi kita kita memperlihatkan solidariti dalam kalangan parti gabungan dan yang paling penting dukungan daripada UMNO cukup padu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 2023-2026 yang pertama di sini hari ini.
Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata satu konvensyen bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata konvensyen itu juga antara lain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Mengenai rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, Ahmad Zahid berkata perkara itu belum dibincangkan secara rasmi dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.
"Ketua Sekretariat untuk Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan akan memperincikan butiran yang akan dibincangkan," katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Ahmad Zahid berkata namun perkara yang penting untuk UMNO ketika ini adalah untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan dengan terus mendukung sepenuhnya pimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau juga akan menghadiri majlis berbuka puasa bersama pegawai-pegawai kerajaan setiap negeri sepanjang Ramadan tahun ini.
''Kita akan juga libatkan rakan daripada parti di dalam Kerajaan Perpaduan ... untuk bersama menghadiri majlis (berbuka puasa ini) setiap hari di negeri berlainan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi konvensyen yang akan disertai oleh 20 parti dalam Kerajaan Perpaduan itu adalah untuk memperlihatkan perpaduan dalam kalangan parti gabungan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Gambar bekas pemimpin UMNO hanya dipasang ketika PAU - Sumali
Menurutnya, gambar bekas pemimpin UMNO hanya akan dipasang oleh perunding setiap kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) diadakan.

Noraini tolak andaian ahli UMNO keluar parti kerana DAP masuk Dewan Merdeka
Noraini menolak andaian kononnya ramai ahli UMNO akan keluar parti kerana pemimpin DAP masuk ke Dewan Merdeka, WTC pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.
![[KOLUMNIS] RAHMAH: Pencetus gerakan ekonomi rakyat [KOLUMNIS] RAHMAH: Pencetus gerakan ekonomi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684149845_SalahuddinAyub.jpg)
[KOLUMNIS] RAHMAH: Pencetus gerakan ekonomi rakyat
Usaha ini dilihat sebagai satu gerak kerja realistik dan praktikal dalam menggerakkan ekonomi domestik rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan wajar diadakan di peringkat negeri - Zahid
Konvensyen itu dapat menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap kerjasama yang dijalinkan oleh parti-parti dalam kerajaan perpaduan.

Hari Ibu: Jagalah ibu dengan penuh kasih sayang - PM Anwar
Anwar mengajak rakyat supaya sentiasa menghargai pengorbanan serta jasa yang dicurahkan insan bergelar ibu.

'Pertempuran PRU15 sudah berakhir, mari kita bina negara' - Ka Siong
Ahli politik disaran agar terus berlapang dada serta fokus terhadap proses membina Malaysia ke arah yang lebih dinamik dan inklusif.

'Geng Perpaduan' komitmen perkukuh perpaduan rakyat - Fadillah
Inisiatif 'Geng Perpaduan' atau 'GP' bukti komitmen semua parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan ke arah memperkukuhkan perpaduan demi membina negara bangsa.

19 parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu segerakan keserasian - Zahid
Semua 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menyegerakan keserasian bagi memperkukuhkan lagi hubungan, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang.

Konvensyen Nasional: Noktahkan permusuhan politik, tumpu agenda kerajaan - Adam Adli
Politik tanah air memerlukan nafas baharu dalam memastikan agenda yang dibawa Kerajaan Perpaduan dapat dicapai.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini
Konvensyen menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.