SEPANJANG minggu lalu (mulai 26.7.2021), hinggalah ke hari ini (3.8.2021), rentetan daripada persidangan khas Parlimen, kemudiaannya disusuli dengan pengumuman Menteri Undang-Undang & Parlimen Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan keputusan kerajaan untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dilaksanakan sepanjang tempoh Darurat (Feb 2021 hingga Julai 2021) yang menimbulkan perdebatan dalam kalangan Ahli Parlimen Pembangkang (ironi dan sangat kontradik).
Ini turut membawa naratif bahawa pengumuman oleh menteri berkenaan adalah bersalahan dengan perlembagaan dan penghujungnya mengangkat polemik bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menderhaka kepada titah Tuanku Agong; dan perkara ini menampakkan antogonis antara Kerajaan PN dan Istana, apabila dua hari berturut-turut diantara 27 & 28 Julai, senario berbalas-balas surat dan watikah antara Kerajaan dan Istana berkenaan duduk-letak ordinan darurat yang dikatakan pengumuman didalam Dewan Rakyat tersebut adalah melanggar Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah digarap dan dicanang kemudiaannya (oleh pihak yang berkepentingan) sebagai satu lagi episod krisis Perlembagaan di negara ini.
Untuk rekod, negara kita (antara Kerajaan dan Istana) telah dua kali ini sebelum ini “terjebak” dalam kancah dan polemik krisis Perlembagaan, iaitu masing- masing pada tahun 1983 dan 1993.
Apakah apa yang berlaku pada minggu lalu, merupakan satu lagi bentuk krisis Perlembagaan antara kerajaan dan pihak Istana?
Dalam konteks apakah kita harus memahami perkembangan yang berlaku di Parlimen pada minggu lalu? Atau apakah yang berlaku pada minggu lalu lebih kepada 'pucuk dicita ulam mendatang'?
Untuk itu diperturunkan di bawah ini EMPAT perkara penting yang perlu dihadam bagi tujuan memahami peristiwa pada minggu lalu melangkaui nuansa atau naratif yang dicanangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan tersebut:
(1). Dikatakan pengumuman “revokasi” oleh Menteri berkenaan melanggar perlembagaan, kerajaan menderhaka dan krisis perlembagaan. Sebenarnya tidak wujud ke tiga-tiga aspek atau elemen tersebut. Mana mungkin dikatakan melanggar perlembagaan sedangkan telah dijelas oleh pihak kerajaan “SOP” memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan keinginan dan hasrat kerajaan untuk “merevokasi” kesemua ordinan yang dilaksanakan sewaku tempoh perintah darurat dilaksanakan, maknanya Duli Yang Maha Mulia Tuanku maklum akan duduk letak dan hasrat kerajaan tersebut.
Berbahaslah samada Perkara 40 (3) atau Perkara 150 (3), masing-masing menyatakan pandangan dan perspektif masing-masing berdasarkan kepada tafsiran yang bersifat “kesuaian dengen kehendak” masing-masing pihak, hanya akan bersifat menegakkan “benang yang basah”.
Yang jelas antara Kerajaan dan Istana telah sedia maklum akan HASRAT KERAJAAN terhadap ORDINAN-ORDINAN PERINTAH DARURAT ITU, iaitu untuk membatal dan tidak meneruskan selepas tamat tempoh proklomasi darurat. Justru, TIDAK WUJUD elemen atau situasi KRISIS PERLEMBAGAAN disini.
Yang dikatakan KRISIS PERLEMBAGAAN itu apabila ada satu pihak yang berkepentingan MENGUSULKAN @ MENGGERAKKAN @ MEMBELAKANGKAN, bagi tujuan MELEMAHKAN @ MENGURANGKAN kedudukan satu pihak [ISTANA DALAM KONTEKS INI] yang dalam mana menjalankan sesuatu tugas @ tanggungjawab itu, seperti mana yang berlaku pada tahun 1983 dan 1993.
Lantas, pada apa yang berlaku di Parlimen pada minggu lalu, tidak wujud elemen seperti mana yang dinyatakan di atas, tidak wujud iltizam pihak kerajaan untuk melemah atau mengurangkan kedudukan Istana (baca YDPA) sebagai salah satu komponen PARLIMEN seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan.
Apa yang boleh dinyatakan disini, yang berlaku minggu lalu melalui tindakan YB Menteri berkenaan yang perlu diakur adalah kekhilafan ADAB antara kerajaan dan istana dalam mana menjalankan tanggungjawab. Kekhilafan ADAB adalah perkara yang bersifat “BUDAYA” atau “ISU BUDAYA”, ianya bukan bersifat PERLEMBAGAAN, malah di luar Perlembagaan atau tidak ada kena-mengena atau terkait dengan Perlembagaan.
Makanya, kekhilafan adab inilah yang perlu diperbetulkan dan dipohon kemaafan kepada pihak ISTANA. Isunya disini adalah kekhilafan adab.
Mengapa istilah KEKHILAFAN ADAB yang ditimbulkan disini?
Kita harus faham, bahawa politik di Malaysia ini, salah satu elemen yang mendasarinya adalah BUDAYA MELAYU. Institusi Raja itu adalah salah budaya dan tradisi Melayu yang sangat sacred, sangat sensitif dan dilindungi.
Lihat apa yang terjadi apabila British apabila cuba “menganggu-gugat” institusi ini pada tahun 1946. Selama lebih 400 tahun, British menjajah Tanah Melayu, Institusi Raja tidak pernah diganggu, tapi sekali tersilap langkah British, implikasinya adalah seperti mana yang tercatat didalam bahan-bahan sejarah.
Janganlah kita keliru akan hal ini, atau kita buat-buat keliru dan tidak mengerti. Apa yang terjadi minggu lalu bukanlah sebuah KRISIS PERLEMBAGAAN. UMNO, selaku parti politik yang disebut sebagai The Patron of the Malays sepatutnya berdiri teguh mendukung kedudukan kerajaan Melayu PN yang sedia memerintah sehinggalah ke tarikh pembubaran parlimen kelak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15);
(2). Oleh itu, kita sebagai pemimpin Melayu, harus memahami “kemelut politik” yang tercetus pada minggu lalu, lebih kepada gerakan terdesak kelompok-kelompok tertentu untuk meruntuhkan kerajaan dominasi Melayu-Islam yang turut dipimpin oleh UMNO.
Kita boleh berbeza pendapat dalam kalangan kita (dalam UMNO) atau dengan kepimpinan Melayu diluar UMNO, tetapi janganlah perbezaan itu membawa kepada natijah sehingga menghancurkan dominasi dan kuasa Melayu di negara ini.
Keputusan PRU14 seharusnya menjadi pengajaran kepada kita dan sewajarnya kita berwaspada untuk tidak “dipatuk bagi kedua kalinya”.
Menang sorak, kampung tergadai
Kali ini, pihak-pihak berkenaan, mengambil kesempatan menangguk di air yang keroh dengan mengheret institusi raja (istana) atas nama “penderhakaan”, yang sebenarnya bertujuan untuk “menikam secara halus” orang Melayu dan kepimpinan Melayu yang sedang berkuasa pada hari ini. UMNO harus bijaksana menilai situasi masa kini, jangan kita bertindak atas dasar emosi dan kepentingan peribadi; amarah, amokan, persekongkolan, akhirnya merugikan Orang Melayu sendiri.
Tidakkah kita belajar dari sejarah bangsa kita sendiri?
Fikirlah dengan kewarasan dan akal budi yang matang dan rasional. Jangan kita cuba untuk bertindak seperti Lebai malang, “menang sorak, kampung tergadai”.
Cuba perhatikan, sehari dua ini, isu yang dinaratifkan tidak lagi “penderhakaan”, tapi “Kerajaan Gagal”. Apa maknanya? Cuba lihat dan analisis dengan mata-hati yang celik-budi. Ini semua adalah agenda untuk meruntuhkan bangsa Melayu.
Digerakkan anak muda berbaju hitam (kesian mereka ditipu didalam terang), rata-ratanya pemuda Melayu yang masih dangkal akan sepak-terajang politik.
Kelmarin (2.8.2021), kelompok berkepentingan ini pula berhimpun kononnya atas dasar demokrasi. Jika benar mereka berhimpun atas dasar demokrasi, mereka tidak akan berhimpun dalam suasana negara sedang dilanda serta bergelut dengan musuh tidak nampak iaitu COVID-19.
Mereka sebenarnya tidak menghormati dan telah melanggar demokrasi apabila berhimpun tak kala perintah kawalan pergerakan sedang dilaksanakan ... sangat menyedihkan:
(3). Sudah tentulah apa yang berlaku di Parlimen pada minggu lepas, atas kekhilafan ADAB Menteri berkenaan, umpama “pucuk dicita ulam mendatang” atau juga umpama “orang yang mengantuk disorongkan batal”.
Dipergunakan, dinaratifkan dan dicanang bahawa kerajaan menderhaka, kerajaan gagal, kerajaan menipu, semuanya untuk satu agenda iaitu KUASA dengan cara MENGELIRUKAN kita semua.
Janganlah kita terkeliru dan akhirnya 'ditipu di siang hari', dalam duduk letak perkara dan kemelut ini.
Kita, kepimpinan UMNO punya galas dan tanggungjawab yang BESAR sekarang, iaitu melindungi rakyat dari bahana dan musibah COVID-19, marilah kita bersama-sama mengembeleng tenaga dan bersatu hati ke arah itu, ketepikan nafsu persendirian kita buat sementara waktu ini;
(4). Barang diingat wahai teman-teman seperjuangan semua, MP-MP UMNO yang berada dalam kepimpinan kerajaan PN buat masa ini, bekerja dan berbakti bagi tujuan melindungi rakyat Malaysia amnya dan umat Melayu khususnya dan juga Institusi Raja yang kita kasihi dan sanjung tinggi. Inilah waktu dan kesempatan yang terbaik untuk UMNO kembali bangkit selepas kehilangan kuasa pada PRU14 yang lalu.
Allah S.W.T. memberi kesempatan kedua buat kita semua dan kesempatan itu sedang menguji kita.
Kalau tanda pagar (hashtag) menangani wabak COVID-19 adalah “lindung diri, lindung semua”, maka hashtag kita orang Melayu adalah “hanya Melayu lindung Melayu”.
Percayalah bangsa lain tidak akan melindungi kita, hanya kita sahaja yang mampu berkorban untuk melingdungi kita, jangan kita nanti membuat keputusan yang bakal merugikan bangsa kita dan akhirnya terjebak seperti mana bangasa Palestin di bumi sendiri.
Anak Raja Memikul Perahu;
Perahu dipikul Diatas Titian;
Satu Sahaja Salah Bangsaku; Sesama sendiri berdengki-dengkian.
Wallahualam ...
Datuk Zakaria Dullah
Tue Aug 03 2021
Suasana di dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen pada 30 Julai. - fotoBERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.