KUALA LUMPUR: Dakwaan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) bahawa memegang jawatan Presiden UMNO merupakan sebahagian kriteria untuk menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) adalah tidak tepat, kata penganalisis politik, Datuk Saiful Bahar.
Menurut Saiful, tidak tertera dalam Perlembagaan BN bahawa Presiden UMNO harus menjadi Pengerusi kepada gabungan parti itu.
Bakan, tegas beliau lagi, Perlembagaan berkenaan jelas menyebut penyandang kepada jawatan itu hendaklah dipilih daripada kalangan ahli-ahli Dewan Tertinggi Barisan Nasional.
“Ku Nan kata dalam Perlembagaan Barisan Nasional, siapa Presiden UMNO automatik akan jadi Pengerusi Barisan Nasional. Ku Nan tersilap. Sebenarnya, Pengerusi Barisan Nasional di pilih oleh Ahli-Ahli Anggota Dewan Tertinggi Barisan Nasional.
“Sekiranya Pengerusi BN letak jawatan. Ahli-Ahli anggota Dewan Tertinggi BN harus memilih Pengerusi BN yang baru,” kata Saiful dalam kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini.
Semalam, media memetik Tengku Adnan yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO sebagai berkata, Perlembagaan menyebut sesiapa yang menjadi Presiden UMNO dan dipilih dalam kalangan gabungan, individu itu akan menjadi Pengerusi BN.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan bekas Setiausah Agung BN, Tan Sri Annuar Musa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diangkat menjadi Pengerusi dan juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN.
“Tak timbul masalah ini. Jangan kelirukan rakyat. Sudah-sudah lah Annuar Musa pada saya. Cukup-cukuplah … kalau kamu suka 'belah sana' pergi 'belah sana' sahaja lah. Tak payah tunggu 'sini' nak harap jawatan... dan sana boleh dapat jawatan.
“Jangan fikir itu semua. Kita fikir untuk masa depan negara. Tengok apa berlaku di Pakistan, apa berlaku di Sri Lanka baru-baru ini sampai bankrap negara mereka,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Tengku Adnan turut mengulas mengenai dakwaan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO agar Ismail Sabri diletakkan sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum seterusnya, tidak semestinya menjanjikan Ahli Parlimen Bera itu jawatan tersebut.
“Ada pula cerita kononnya bukan bermaksud jadi poster boy dia jadi Perdana Menteri... itu kita perlu serah kepada Allah. Mana kita tahu. Di Johor pun kita tak tahu, Datuk Hasni Mohammad jadi poster boy, tiba-tiba orang lain jadi MB. Ini pun kita tidak tahu.
“Ini kita serah kepada Allah SWT ... kita boleh tanya dengan Datuk Seri Ismail dia tahu tak dia jadi Perdana Menteri. Dia pun tak tahu. Ini ketentuan. Jangan ketentuan pun kita nak buat," katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Apr 16 2022
Datuk Saiful Bahar berkata, tidak tertera dalam Perlembagaan BN bahawa Presiden UMNO harus menjadi Pengerusi kepada gabungan parti itu, seperti yang disebut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - Gambar fail
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
'Ku Nan tersilap, tak semestinya Presiden UMNO saja boleh jadi Pengerusi BN' - Saiful Bahar
Menurut Saiful Bahar, tidak tertera dalam Perlembagaan BN bahawa Presiden UMNO harus menjadi Pengerusi kepada gabungan parti itu.
PRN Melaka: 'Pakatan Harapan macam boleh menang, tapi...' - Saiful Bahar
Pakatan Harapan dilihat berpotensi untuk mendahului Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dari segi bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), menurut penganalisis bebas, Datuk Saiful Bahar.