awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letak jawatan Ketua Menteri? Sulaiman hanya tunjuk isyarat 'maaf'

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
30/03/2023
03:31 MYT
Letak jawatan Ketua Menteri? Sulaiman hanya tunjuk isyarat 'maaf'
Datuk Seri Sulaiman Md Ali hanya menunjukkan isyarat tangan meminta maaf dari dalam kenderaan beliau apabila diminta mengulas soal peletakan jawatannya. - Gambar Astro AWANI
AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hanya menunjukkan isyarat tangan meminta maaf apabila diminta mengulas soal peletakan jawatannya.
Sulaiman yang dilihat masih memasuki di Kompleks Seri Negeri, di sini, pagi tadi meninggalkan pejabatnya pada pukul 11.03 pagi ini dengan menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz.
Beliau juga mengunci mulut meskipun kira-kita 20 petugas media cuba mendapatkan reaksinya ketika keluar dari kompleks berkenaan.
Difahamkan, Sulaiman hadir ke pejabatnya hari ini untuk berjumpa kakitangan dan bukan meneruskan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka.
Menurut sumber, setakat tengah hari ini juga tiada sebarang pertemuan antara beliau dan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam meskipun Tun Mohd Ali pada sebelah pagi tadi turut dilihat memasuki Kompleks Seri Negeri.
Sehingga kini, Sulaiman mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zaidi Johari masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi memperjelaskan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu ketika ini.
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri Melaka
#Sulaiman Md Ali letak jawatan
#Ab Rauf Yusoh
#Ali Rustam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan