PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pemecatan Ketua Setiausaha Negara itu, Rex Tillerson pada Selasa.

Tillerson digantikan dengan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo.

Berikut adalah lima fakta yang anda perlu tahu tentang Ketua Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) baharu ini.

1) Pompeo, 54, sering memberi nasihat kepada Trump mengenai perkara yang berkaitan dengan perisikan dan dianggap seorang yang mempunyai pendapat yang agresif tentang North Korea.

2) Pompeo telah memandang rendah tahap intervensi Rusia pada pilihan raya presiden AS 2016 dengan mengatakan Moscow telah berusaha untuk mempengaruhi pilihan raya Amerika selama beberapa dekad. Pada Februari ini, beliau mempertahankan perbincangan antara beliau dengan ketua pengintip Rusia di ibu pejabat CIA bulan itu.

3) Seperti Trump, Pompeo lantang mengkritik Iran dan telah mencadangkan untuk membatalkan perjanjian 2015 bagi membendung program nuklear di Tehran dan menggantikannya dengan sekatan baharu. Beliau berkata Iran “memacu pemtadbiran yang kejam untuk menjadi pengaruh hegemoni di rantau tersebut”.

4) Pompeo menyokong koleksi data komunikasi kerajaan AS. Dalam suatu artikel pendapat yang diterbitkan pada 2016, beliau menyeru untuk memulakan semula koleksi metadata telefon domestik serta menyusunnya dengan maklumat kewangan dan gaya hidup dalam satu pangkalan data.

5) Sebelum mengambil alih tampuk kepimpinan di CIA pada Januari, Pompeo adalah anggota Republikan konservatif Dewan Pewakilan AS dari Kansas. Beliau merupakan pegawai tentera bersara dan merupakan graduan Akademi Tentera AS di West Point dan Sekolah Undang-undang Harvard.

BACA: Keputusan Trump pilih Pompeo meletakkan AS dalam 'bahaya' - Penganalisis

BACA: Dipecat Trump, Rex Tillerson gesa peralihan lancar kepada Ketua Setiausaha Negara baharu

BACA: Trump pecat Ketua Setiausaha Negara Rex Tillerson, umum Mike Pompeo pengganti