KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan menyaksikan lima pemimpin wanita diberi mandat untuk memegang jawatan menteri di bawah portfolio masing-masing.
Antara nama yang diberi kepercayaan sebagai Menteri di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Nancy Shukri, Fadhlina Sidek, Dr Zaliha Mustafa dan Hannah Yeoh.
Astro AWANI kongsikan beberapa info menarik mengenai mereka!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Datuk Seri Azalina Othman Said
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menerajui portfolio Undang-undang dan Reformasi Institusi bagi Kabinet pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ini disahkan memenangi kerusi Parlimen Pengerang selepas meraih sebanyak 21,738 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Kemenangan beliau sekali gus berjaya mempertahankan kerusi Parlimen itu buat penggal kelima.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Nancy Shukri
Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bermula 9 Mac 2020 dan juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet pada tahun 2013. Beliau memenangi kerusi Parlimen Santubong pada PRU15 dengan meraih 43,739 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 38,681.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Menteri Pendidikan - Fadhlina Sidek
Merupakan anak kepada bekas Presiden ABIM, Siddiq Fadzil, Fadhlina yang merupakan seorang peguam diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan. Beliau merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P47-Nibong Tebal pada PRU15 lalu dan menang dengan majoriti 16,293 undi.
Menteri Belia dan Sukan - Hannah Yeoh
Selain ahli politik, beliau juga merupakan seorang peguam. Hannah Yeoh Tseow Suan atau lebih dikenali sebagai Hannah Yeoh merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Segambut menggantikan tempat bekas Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri belia dan sukan. Sebelum ini, beliau menegaskan mengambil keputusan bertanding di Parlimen Segambut untuk keluar daripada zon selesa iaitu di Subang Jaya.
Menteri Kesihatan - Dr Zaliha Mustafa
Dr Zaliha Mustafa antara dua pemimpin wanita PKR yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan. Dipilih sebagai Menteri Kesihatan, Ahli Parlimen Sekijang ini memperoleh kemenangan menerusi 18,941 undi dengan 1,734 majoriti pada PRU15.
Faida Rahim
Sat Dec 03 2022

Ahli Parlimen wanita yang diberi kepercayaan sebagai menteri adalah Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Nancy Shukri, Fadhlina Sidek, Dr Zaliha Mustafa dan Hannah Yeoh.

AS-China | Belon pengintip ditembak jatuh, lapangan terbang ditutup
Tiga lapangan terbang di utara dan Selatan Carolina, Amerika Syarikat ditutup kira-kira dua jam pada Sabtu. Langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada tentera Amerika Syarikat menembak jatuh belon milik China, disyaki digunakan untuk tujuan pengintipan.

Suara Rakyat | Struktur retak, pasar Karamunting perlu segera dipindah
Keretakan pasar Karamunting, tanah merah semakin hari semakin teruk. Jika dibiarkan, bimbang ada nyawa yang akan jadi korban. Sebelum nasi menjadi bubur suara rakyat menggesa agar lokasi pasar usang ini dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Had waktu main bunga api, hanya pada musim perayaan - Lee Lam Thye
Garis panduan yang dilaksanakan juga perlu seiring dengan pemerkasaan penguatkuasaan.

Online Scam | DPDM sambut baik kerjasama Malaysia Singapura tangani isu
Hala tuju kerjasama Malaysia Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian bakal menjadi pemangkin merancakkan lagi sektor perniagaan digital di negara ini. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu ini.

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global

Pantau Kerajaan Baharu | Kewajaran penjualan mercun dan bunga api
Tan Sri Lee Lam Thye

Thaipusam | Sambutan Thaipusam meriah
Bersama Raja Hisyam Raja Zaid di Batu Caves.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

PM Anwar dilaporkan tidak sihat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, Gombak, pada Ahad.

MCMC, PDRM diminta siasat gambar fitnah Perdana Menteri
Fahmi berkata pemilik akaun Facebook itu didapati berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka buruk terhadap Perdana Menteri.

Perdana Menteri ucap Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu
Perayaan dan budaya yang pelbagai di Malaysia adalah hujah ampuh untuk masyarakat Malaysia saling kenal dan membina persefahaman.

Peruntukan pembangunan dikurangkan: 'Saya tidak setuju' - Isnaraissah
Mengambil kira saiz keluasan Parlimen yang jauh lebih besar di Sabah dan Sarawak, Isnaraissah berkata peruntukan kerajaan perlu dikekalkan.

PM sembah taklimat lawatan ke Singapura kepada Sultan Ibrahim
Sesi sembah taklimat kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Peruntukan pembangunan Ahli Parlimen tidak patut diganggu - Takiyuddin
Takiyuddin berkata jaminan memberikan peruntukan yang sama rata kepada Ahli Parlimen adalah selaras dengan tawaran PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Peruntukan Ahli Parlimen dipotong: Khuatir beri kesan kepada pembangunan, kebajikan rakyat - Howard Lee
Howard Lee berkata, peruntukan berkenaan amat diperlukan terutama bagi keperluan mendesak dalam menaik taraf infrastruktur yang daif.

Ahmad Zahid tetap liabiliti kepada Kerajaan Perpaduan - Penganalisis
Sejak pelantikan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam barisan jemaah menteri, timbul tohmahan bahawa ia telah mencacatkan Kerajaan Perpaduan.

PM datang PD makan rojak sebelum solat Jumaat
Buat pertama kali selepas bergelar PM, Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Ahli Parlimen PD 'kembali' ke kawasan pelancongan itu.