awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liyana Marzuki buat laporan polis, nafi jadi proksi Nurul Izzah

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2024
04:10 MYT
Liyana Marzuki buat laporan polis, nafi jadi proksi Nurul Izzah
Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga bekas ahli Parlimen Permatang Pauh menerima satu kiriman di laman sosial Facebook yang berbaur fitnah terhadapnya.
SHAH ALAM: Aktivis, Liyana Marzuki membuat laporan polis berhubung dakwaan yang kononnya beliau menjadi proksi gaji bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan perlanggaran Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 kerana data peribadinya disebar tanpa kebenaran.
Menerusi kenyataan di X, beliau berkata, hantaran mereka adalah bersifat 'mala fide' selain bertindak sembrono tanpa memikirkan akibat kepada orang lain demi mencapai objektif politik.
"Kita boleh berdebat tentang hal politik dan sebagainya dengan matang. Adakah kita perlu menjadi terlampau fanatik sehingga perlu mendedahkan data peribadi seperti alamat rumah, nombor IC dan sebagainya.
"Pemikiran pertama saya sebagai seorang ibu, yang paling dirisaukan keselamatan anak-anak. Didedahkan sedemikian," ujarnya pada Khamis.
Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga bekas ahli Parlimen Permatang Pauh menerima satu kiriman di laman sosial Facebook yang berbaur fitnah terhadapnya.
Hantaran tersebut mengatakan bahawa beliau telah dilantik sebagai penasihat Laksana dan menerima gaji sebanyak RM35,000 serta diberikan dua kakitangan dengan pendapatan antara RM5,000 hingga RM20,000.
Tambah Liyana, beliau tidak pernah menjadi proksi kepada sesiapa.
"Saya telah dituduh menjadi proksi gaji untuk Nurul Izzah Anwar, kononnya saya dibayar gaji yang sangat besar oleh agensi kerajaan Laksana untuk diberi kepada Nurul Izzah. Ini adalah tohmahan besar dan palsu.
"Jadi, laporan polis telah dibuat, Kementerian Kewangan (MoF) sudah keluar kenyataan dan laporan polis juga telah dibuat. Saya harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan sewajarnya kepada pemfitnah," jelasnya.
Menurut Liyana, beliau mula menjadi konsultan sejak tahun 2020 lagi.
"Saya memang 'upfront' tentang saya menjadi seorang konsultan kepada agensi-agensi kerajaan yang panggil untuk memberi 'input' mengenai polisi dan perundangan.
"Ini adalah bagaimana saya mencari nafkah. Menjadi seorang penulis adalah minat tetapi seperti semua orang, saya juga perlu bekerja untuk mencari rezeki," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liyana Marzuki
#Nurul Izzah
#proksi gaji
#LAKSANA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan