Situasi keluar parti dalam kalangan pimpinan UMNO ketika ini tidak menggugat kekuatan parti itu sebaliknya dilihat mampu memperkukuh parti itu pada masa depan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ini kerana keadaan itu disifatkan sebagai proses pemutihan kepada parti itu dengan hanya meninggalkan anggota yang benar-benar setia kepada perjuangan UMNO.
"Bagi pihak kami UMNO negeri Kedah melihat bahawa lompatan ini (keluar parti) merupakan proses pemutihan kepada UMNO. Dan saya telah menghubungi Ketua UMNO Bahagian (Langkawi) (Datuk Ir Nawawi Ahmad), dan UMNO Bahagian (Langkawi) tetap utuh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia malam Isnin lepas di Institut Jantung Negara selepas dipercayai dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 Nov lepas, di kediaman mereka di Kampung Tebengau dekat sini pada Jumaat.
Pada Khamis, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abd Hamid bersama 30 pemimpin UMNO peringkat cawangan dan bahagian pulau itu mengumumkan keluar parti.
Jamil Khir yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sehubungan itu tidak timbul isu pembubaran UMNO Bahagian itu seperti khabar angin yang tersebar di media sosial pada masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 21 2018
JAMIL: Bagi pihak kami UMNO negeri Kedah melihat bahawa lompatan ini (keluar parti) merupakan proses pemutihan kepada UMNO.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Lompat parti disifatkan proses pemutihan UMNO
Situasi keluar parti dalam kalangan pimpinan UMNO ketika ini tidak menggugat kekuatan parti itu sebaliknya dilihat mampu memperkukuh parti itu pada masa depan.