‘Lu siapa?’ - MP Kota Melaka jawab desakan Akmal Saleh keluar Kerajaan Perpaduan

Menurut Poay Tiong (kiri), kuasa untuk melantik Exco Kerajaan Negeri adalah di bawah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bukannya Akmal.
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong membidas desakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh agar DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Negeri Melaka.
Ringkasan AI
- Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong menentang desakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh agar DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Negeri Melaka.
- Poay Tiong menegaskan bahawa kuasa melantik Exco Kerajaan Negeri berada di tangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bukan Akmal.
- DAP tidak gentar untuk bertanding secara bersendirian dan berperanan sebagai pembangkang.
Tambahnya, atas semangat Kerajaan Perpaduan yang terbentuk ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 di peringkat Kerajaan Pusat, maka Ab Rauf telah menjemput seorang wakil DAP untuk menyertai barisan Exco kerajaan negeri.
“Atas prinsip tersebut kita menerima dan berhasrat berkhidmat untuk rakyat... jadi apabila anda (penyokong DAP) tanya sekarang - ‘Akmal kata suruh kita keluar daripada Kerajaan Perpaduan’ - saya nak tanya, lu siapa?,” katanya.
Poay Tiong turut menyatakan keputusan melibatkan sokongan terhadap kerajaan hanya ditentukan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bukan Ketua Pemudanya.
Ahli Parlimen Kota Melaka itu turut menegaskan DAP tidak gentar untuk bertanding secara bersendirian dan berperanan selaku pembangkang.
“Kita tak takut untuk masuk ke gelanggang sebagai solo… DAP bukannya gila kuasa, tamak jawatan atau ingin sangat kepada jawatan menteri ataupun Exco,” katanya lagi.
Semalam, semasa konvensyen khas 'Hala Tuju UMNO: Kekal Atau Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan' di Kuala Lumpur, Akmal mencabar DAP agar keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Kenyataan Akmal itu difahamkan disasarkan kepada salah seorang Ahli Parlimen DAP dari Pulau Pinang yang mendesak agar Akmal meletak jawatan daripada barisan Exco dalam Kerajaan Perpaduan di Melaka.
“Jangan lupa parti kamu DAP itu sebahagian daripada kerajaan kami di Melaka, saya cabar DAP letak jawatan dulu,” kata Akmal.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Khoo Poay Tiong menentang desakan Akmal agar DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan di Melaka? A: Khoo Poay Tiong menegaskan bahawa kuasa melantik Exco Kerajaan Negeri adalah di bawah Ketua Menteri Melaka, bukan Akmal.
- Q: Apakah yang difahamkan dari kenyataan Akmal yang menyeru agar DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan? A: Akmal menyeru agar DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan berdasarkan desakan Ahli Parlimen DAP dari Pulau Pinang yang mendesak Akmal meletak jawatan dalam barisan Exco Kerajaan Perpaduan di Melaka.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

