KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan UMNO yang sebulat suara diluluskan semalam disifatkan oleh ramai pemimpin parti sebagai suara keramat akar umbi yang mahukan kestabilan parti terus kekal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pindaan yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas PRU memberi ruang kepada ahli untuk memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.
"Paling penting, semangat akar umbi diterjemahkan perwakilan hari ini masih kuat dan akan dibawa kepada PRU akan datang," katanya selepas Perhimpunan Agung Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 Mac lepas, Asyraf Wajdi mengusulkan kepada pucuk pimpinan tertinggi supaya pemilihan hanya diadakan selepas setiap PRU bagi mengelak sebarang usaha memporak-peranda dan melemahkan kesepaduan serta kekuatan parti.
Perhimpunan semalam menyaksikan keputusan sebulat suara perwakilan meluluskan usul meminda Perlembagaan UMNO termasuk membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas PRU di bawah Fasal 10.16.
Usul pindaan itu, yang turut membabitkan Fasal 15.3 dan Fasal 18.2, dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled di hadapan 2,586 perwakilan yang hadir.
Menyifatkan perhimpunan khas itu amat bermakna, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Tan Sri Noh Omar berkata selepas usul tersebut dibentangkan pada perwakilan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden bangun menyokong usul berkenaan.
Beliau berkata kelulusan pindaan juga bukan sahaja mencerminkan setiap keputusan yang dibuat oleh UMNO adalah daripada suara akar umbi malah menunjukkan sokongan padu pelbagai lapisan pimpinan parti.
"Kejayaan ini membuktikan kesepakatan dan perpaduan yang wujud dalam UMNO amat kukuh dan baik," katanya.
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong pula berkata pindaan Perlembagaan UMNO merupakan perkara baharu kepada parti itu terutama dalam memastikan ia dapat memberikan fokus untuk menghadapi PRU.
"MCA sendiri lebih dua tahun lepas telah melalui perkara ini dan ia menunjukkan keserasian kita. Kini UMNO dapat pastikan tumpuan lebih kepada PRU dan bukan kepada pemilihan parti semata-mata," katanya ketika ditemui selepas jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO di sini.
Bagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, pindaan perlembagaan yang diluluskan semalam mampu memperkasa parti sebelum PRU serta mengelakkan perpecahan dalam kalangan kepimpinan dan ahli.
"Kita lihat apabila ada pemilihan parti sebelum PRU maka parti akan bertambah lemah sebab yang kalah bertanding, dia akan keluar parti dan bertanding menentang parti.
"Justeru, pindaan ini penting kerana jika selepas PRU baru pemilihan diadakan maka orang Sabah kata lantaklah, apa pun jadi jadilah kerana kita sudah berjaya bentuk kerajaan dan sudah tentu pemilihan parti bukan lagi menjadi keutamaan apabila kita ada kerajaan yang baik," katanya.
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO dan ulang tahun ke-76 penubuhan UMNO turut diadakan selepas perhimpunan khas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
Pada Perhimpunan Agung UMNO Mac lepas, Asyraf Wajdi mengusulkan supaya pemilihan hanya diadakan selepas setiap PRU. - Gambar fail/Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355
Asyraf berkata, antara cadangan penting ialah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM100,000.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
Tak perlu bukan Islam dalam jawatankuasa khas kaji bidang kuasa Mahkamah Syariah - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menegaskan tiada keperluan untuk pakar bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah.