awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M. Manogaran pilihan tepat - Tun Mahathir

Arfa Yunus
Arfa Yunus
25/01/2019
12:57 MYT
M. Manogaran pilihan tepat - Tun Mahathir
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada program perjumpaan bersama warga Sungai Koyan di Dataran Sungai Koyan 1, hari ini. - Foto BERNAMA
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan M. Manogaran sebagai calon bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah tepat.
Ini sekaligus menepis dakwaan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa yang mengatakan Dr Mahathir tidak yakin dengan kemenangan Manogaran, malah, kononnya mahu calon Barisan Nasional (BN) Ramli Md Nor menang.
"(Pemilihan Manogaran) memang tepat. Bukan dia seorang sahaja (yang berusaha) tetapi kita (PH) semuanya di belakang dia," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sungai Koyan 1 di sini pada Jumaat.
PRK Cameron Highlands pada 26 Jan ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan M Manogaran, calon BN Ramli Md Nor serta dua calon Bebas iaitu Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib.
Ditanya sekiranya pemilihan Manogaran tidak sesuai dengan kawasan di Jelai di mana majoriti pengundinya adalah orang Melayu, Dr Mahathir berkata soal kaum tidak seharusnya timbul.
"Kadang-kadang di tempat lain orang India terpaksa sokong orang Melayu. Di sini orang Melayu sokong orang India.
"Tapi kalau kita tak sokong dia, di tempat lain dia tak sokong kita, maka kita akan kalah," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Barisan Nasional
#Cameron Highlands
#M Manogaran
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pilihan raya kecil
#pilihan tepat
#PRK Cameron Highlands
#Ramli Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan