Datuk Mahfuz Omar diminta agar meletak jawatan dan menyertai parti lain daripada terus menjadi 'duri dalam daging' dan mempergunakan jawatannya untuk mengkritik PAS.
Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim berkata anggota Parlimen pokok sena itu tidak perlu terikat dengan sumpah bai'ah parti kerana beliau telah banyak melakukan tindakan yang menunjukkan beliau bukan lagi anggota PAS.
"Menurut Fasal 11 (4) perlembagaan PAS, mana-mana ahli mestilah patuh pada perlembagaan parti dari semasa ke semasa. Justeru mana-mana ahli yang tidak patuh dengan keputusan parti, dia bukanlah ahli PAS walaupun dia mendakwa dirinya sebagai ahli," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mahfuz yang merupakan YDP PAS Pokok Sena sebelum ini mengisytiharkan dirinya bercuti selama sembilan bulan bermula 1 Feb hingga 30 Oktober 2016, bagaimanapun beliau dilapor tidak menyambung tugasnya sebagai YDP selepas tempoh tersebut.
Setelah bermesyuarat, Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan kemudiannya mengeluarkan surat pemberhentian sebagai YDP dan AJK PAS Pokok Sena kepada Mahfuz pada November 2016, sebelum Wan Romani dilantik memangku jawatan itu sehingga kini.
Wan Romani berkata Mahfuz dilihat agak melampau apabila sering menggunakan kedudukannya sebagai Anggota Parlimen untuk mengkritik pemimpin dan dasar parti, kononnya mendapat mandat dan mewakili golongan bawahan.
"Dia cakap janganlah retorik, sebenarnya dia bertopeng saja, walau dia anggota pimpinan dan bekas pimpinan parti, syarat ahli mesti mematuhi perlembagaan PAS dan mestilah mengikut arahan parti dari semasa ke semasa.
"Sebagai anggota parlimen yang menang kerana kerja keras peringkat kawasan dan cawangan, dia sepatutnya patuh pada keputusan parti. Sepatutnya pemimpin yang tiada integriti tidak layak duduk dalam PAS," katanya.
Mahfuz sebelum ini dilihat secara terbuka mengkritik dasar parti dan pemimpin PAS malah bekas baib presiden PAS itu juga sering dilihat berada sepentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2017
Wan Romani berkata Mahfuz dilihat agak melampau apabila sering menggunakan kedudukannya sebagai Anggota Parlimen untuk mengkritik pemimpin dan dasar parti. - Gambar fail
Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan
Suami isteri yang juga ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meningggal dunia akibat dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai Disember lalu diberkas pada Jumaat.
Ahmad Zahid bertemu Penasihat Negara China Wang Xiaohong
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat meneruskan misi bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong.
Allahyarham suami yang baik, anak yang taat - isteri
Isteri Mohd Zahir Ismail, jemaah haji Malaysia kedua yang meninggal dunia di Masjidilharam semasa mengerjakan umrah pada Rabu akan sentiasa mengenang suaminya itu sebagai seorang yang sangat suka bergurau selain ringan tulang membantunya sebagai isteri di rumah.
Bruno dan Benny berpeluang rasa pengalaman salji buatan
Sempena sambutan perayaan Gawai Petronas Sarawak melalui Program 50 Dreams telah menjadikan impian dua beradik Bidayuh Bruno dan Benny untuk merasakan pengalaman salji satu kenyataan.
Dunia perlu terus suarakan isu Palestin, jangan biar ia lenyap
Hak Palestin perlu terus disuarakan namun kesannya mungkin tidak nampak sekarang tapi suatu masa nanti akan tertegak juga keadilan buat rakyat Palestin.
Presiden Filipina kecam tindakan haram di Laut China Selatan
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, kecam tindakan haram dan agresif di Laut China Selatan, semasa pembukaan Dialog Shangri-La di Singapura.
WFP: Penduduk Gaza tanggung akibat krisis politik
WFP dedahkan penduduk Gaza hidup dalam kesesakan melampaui krisis kesihatan, dengan risiko tinggi cirit-birit pada kanak-kanak dan kekurangan tandas yang wajar.
Kesemua ahli pasukan MERCY berjaya dibawa keluar dari Gaza
Kesemua ahli pasukan perubatan kecemasan Malaysia Mercy telah berjaya dibawa keluar dari Rafah, Gaza.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka dibawa keluar secara berkelompok bersama kakitangan antarabangsa lain pada hari yang berbeza.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka dibawa keluar secara berkelompok bersama kakitangan antarabangsa lain pada hari yang berbeza.
WHO desak Israel patuhi undang-undang antarabangsa untuk penghantaran bantuan
WHO menggesa Israel mematuhi undang-undang antarabangsa mengenai laluan selamat bantuan, berikutan amaran kebuluran kanak-kanak di Gaza akibat kekurangan makanan.
[TERKINI] Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat menyeru Hamas untuk bersetuju dengan tawaran baharu daripada Israel untuk pembebasan tebusan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata Gaza.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai menjalankan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.
'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.
10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam.
Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding
Bersatu Perak mempunyak 277 Cawangan daripada 24 Bahagian yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.
Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah
Kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa di mana rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.
Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara
Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri
Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir
Mesyuarat khas tergempar yang diadakan Dr Mahathir baru-baru ini hanya untuk mendengar perbezaan pendapat susulan isu pelantikan Exco Johor yang baharu.
PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.
Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019
Perkembangan pesat komunikasi siber mengundang masalah besar buat seluruh dunia lebih-lebih lagi pada negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 269 juta seperti Indonesia.
PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.