KUALA LUMPUR:Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang terbaik untuk menjadikan Parlimen tempat untuk melakukan kerjasama jujur, perbincangan dan mentadbir bersama-sama dengan parti pembangkang, demi kebaikan negara, kata Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong.

Menurut beliau, kerajaan tidak seharusnya takut dengan Parlimen dan tidak boleh lagi melayan pembangkang seperti musuh negara.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu menegaskan, bagi merealisasikan kerjasama itu, Muhyiddin harus 'mengorbankan' Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Chin Tong mendakwa, Hamzah telah melakukan pelbagai perkara yang mengundang risiko kepada pentadbiran Muhyiddin.

“Cubaan untuk memohon pengisytiharan darurat juga didakwa, merupakan satu lagi tindakan Hamzah, dengan Azmin Ali secara terbuka mempertahankannya. Saya telah terdengar cadangan untuk menggantung Parlimen dua minggu sebelum permohonan ini dibentangkan.

“Saya juga telah membaca kenyataan President MIC ,(Tan Sri) S Vigneswaran, yang mungkin cuba membuat melihat sentimen masyarakat. Tetapi saya tergamam apabila Muhyiddin benar-benar mengikuti cadangan itu, dan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata Chin Tong.



LAPOR LANGSUNG: Tiada keperluan darurat, berhenti main politik - Titah Agong

LAPOR LANGSUNG: Mampukah Ahli Parlimen berhenti main politik selepas titah Agong?


Namun begitu, Chin Tong berkata, keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan itu menzahirkan kebijaksanaan Tuanku dan Raja-Raja Melayu dalam menyelami kegelisahan rakyat.

Kata Chin Tong, bagi mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan dan pembangkang, Muhyiddin perlu meminta Azmin dan Hamzah meletak jawatan dan bertanggungjawab terhadap memberi nasihat salah berhubung pengisytiharan darurat dan mewujudkan arena politik yang toksik.

“Dengan peletakan jawatan Hamzah dan Azmin dari Kabinet, kerjasama antara parti komponen dan mesra Perikatan Nasional akan bertambah baik dan hubungan yang lebih mesra antara kerajaan dan pembangkang dapat direalisasikan demi menangani COVID-19,” tegas beliau lagi.

BACA: Muhyiddin jumpa ketua parti politik sebelum Mesyuarat Khas Menteri Kabinet

BACA: 
Keutamaan kerajaan ketika ini lindungi rakyat daripada COVID-19 - Muhyiddin