UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Tiada keperluan darurat, berhenti main politik - Titah Agong

YDP Agong Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Astro Awani
YDP Agong Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Pertemuan di kediaman Tan Sri Muhyiddin

Sun Oct 25 2020

Keutamaan kerajaan ketika ini lindungi rakyat daripada COVID-19 - Muhyiddin

Sun Oct 25 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan akan berbincang lebih lanjut mengenai titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berpendapat tiada keperluan melaksanakan darurat ketika ini.

Beliau dalam satu kenyataan malam ini berkata, kerajaan turut mengambil maklum mengenai kenyataan Istana Negara berhubung perkara itu.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Keputusan YDP Agong tolak darurat penuh hemah dan bijaksana - Amanah

Sun Oct 25 2020

Parti Amanah Negara (Amanah) menjunjung kasih keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja yang menolak permohonan untuk Pengisytiharan Darurat.

Presidennya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berkata, keputusan itu diyakini dibuat dengan penuh hemah dan kebijaksanaan demi kepentingan rakyat.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

'Daulat Tuanku' bergema di platform utama media sosial

Sun Oct 25 2020

Kata kunci 'Daulat Tuanku' tular di kebanyakan platform utama media sosial sekitar 6:30 petang Ahad.

Ini susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini mahupun mana-mana bahagian di seluruh Malaysia.



Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Pemimpin politik, orang kenamaan berhimpun di kediaman Muhyiddin

Sun Oct 25 2020

Petugas media sudah mula berada di luar kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di ibu negara ketika ini.

Astro AWANI yang kini berada di lokasi mendapati beberapa buah kenderaan dipercayai membawa beberapa orang kenamaan termasuk pemimpin politik dilihat telah memasuki kediaman Perdana Menteri sejak petang tadi.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong

Sun Oct 25 2020

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan mengisytiharkan darurat di negara ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Annuar yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.



Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Tiada keperluan isytihar darurat - YDP Agong

Sun Oct 25 2020

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah hari ini perkenan untuk tidak mengisyithar darurat dan bertitah ahli politik untuk memberhentikan segala 'politicking' yang boleh menganggu kestabilan negara.

Hasil keputusan mesyuarat Raja-Raja Melayu turut berpendapat tiada keperluan Ahli-Ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Sultan Nazrin Shah berangkat pulang dari Istana Negara

Sun Oct 25 2020

Sultan Nazrin Shah berangkat pulang dari Istana Negara pada 5.57 petang.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat pulang dari Istana Negara

Sun Oct 25 2020

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat pulang dari Istana Negara pada 5.52 petang.

PM panggil semua MB dan KM ke Putrajaya esok - Laporan

Sun Oct 25 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil semua Menteri Besar dan Ketua Menteri ke Putrajaya untuk satu mensyuarat tergempar pada Isnin (26 Oktober).

Memetik laporan sebuah portal berita, notis panggilan mesyuarat itu dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu selesai mengadakan pertemuan khas di Istana Negara, petang Ahad.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

YDP Tuanku Muhkriz berangkat pulang dari Istana Negara

Sun Oct 25 2020

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir berangkat pulang dari Istana Negara pada 5.54 petang.

Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat pulang dari Istana Negara

Sun Oct 25 2020

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat pulang dari Istana Negara pada 5.48 petang.


Sultan Johor antara yang paling awal berangkat pulang

Sun Oct 25 2020

Raja-Raja Melayu mula berangkat pulang

Sun Oct 25 2020

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat pulang dari Istana Negara pada 5.13 petang selepas selesai Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

Pertemuan Agong dan Raja-Raja Melayu selesai

Sun Oct 25 2020

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai sepenuhya selepas Al-Sultan Abdullah berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 6.06 petang pada Ahad.

Difahamkan, perbincangan tersebut tamat pada jam 5.00 petang selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat berangkat pulang pada jam 5.14 petang.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Raja-Raja Melayu main peranan semak, imbang pentadbiran negara - TMJ

Sun Oct 25 2020

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdoa semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan serta melindungi negara daripada ancaman individu yang tamak dan gila kuasa demi kepentingan peribadi.

Mengulas mengenai situasi politik negara, Tunku Ismail berkata, kepentingan sistem beraja terbukti dengan Raja-Raja Melayu berfungsi memainkan peranan semak dan imbang dalam pentadbiran.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

FOTO: Skuadron Istiadat Berkuda menjalankan tugas

Sun Oct 25 2020
FOTO: Skuadron Istiadat Berkuda menjalankan tugas

Ramai yang nak bercakap tentang darurat tetapi tak faham apa pun' - Annuar Musa

Sun Oct 25 2020

"Namun, insya-Allah semakin hari semakin faham. Sama ada ia dilaksana atau tidak, adalah hak dan kata putus Yang di-Pertuan Agong. Baginda memilih untuk berunding dengan Majlis Raja-Raja. Kita bersetia," kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu status yang dimuat naik di laman Twitternya pada Ahad.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Pertemuan YDPA Bersama Raja-Raja Melayu

Sun Oct 25 2020

Darurat bukan pilihan, perpaduan adalah penyelesaian - Shafie Apdal

Sun Oct 25 2020

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa perpaduan dalam kalangan ahli politik sebagai penyelesaian kepada kemelut yang berlaku hari ini.

Dalam satu kenyataan, bekas ketua menteri Sabah itu menegaskan, darurat bukan pilihan untuk negara ini sebaliknya perpaduan merupakan penyelesaiannya ketika berdepan saat sukar ini.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Sultan Kedah tiba di Istana Negara

Sun Oct 25 2020

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah tiba di Istana Negara kira-kira jam 2.18 petang. Baginda sempat melambai tangan kepada petugas media. #PolitikMalaysia #AWANInews @501Awani pic.twitter.com/cAOkM0Clh8

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) October 25, 2020

Agong ada kuasa elak manipulasi Perlembagaan - Shamrahayu

Sun Oct 25 2020

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan peranan bagi memastikan pihak tertentu tidak mengambil pendekatan memanipulasikan undang-undang dalam Perlembagaan sekiranya negara mengisytiharkan darurat.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz berkata, ini penting untuk baginda menetapkan satu penanda aras berhubung perkara yang perlu dilakukan kerajaan dalam tempoh tersebut.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Darurat untuk lindungi kedudukan, kuasa eksekutif adalah salah - Tun Zaki

Sun Oct 25 2020

Pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong adalah sesuatu yang boleh dicabar oleh institusi kehakiman, sekiranya mempunyai asas yang kukuh, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Ujarnya lagi, nasihat Perdana Menteri kepada Agong untuk membawa kepada perisytiharan darurat, boleh dicabar dalam mahkamah, berdasarkan keputusan Majlis Privy dalam kes Teh Cheng Poh v. Pendakwa Raya pada 1979.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

FOTO: Petugas media menanti perkembangan

Sun Oct 25 2020
FOTO: Petugas media menanti perkembangan

Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara

Sun Oct 25 2020

Sultan Ibrahim dilihat paling awal tiba di pintu masuk utama Istana Negara pada jam 1.30 petang dan Sultan Nazrin terakhir tiba tepat jam 2.30 petang pada Ahad.

Menurut sumber, pertemuan itu akan membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Pengisytiharan darurat ada asasnya ketika berdepan ancaman COVID-19

Sun Oct 25 2020

Agong tiba di Istana Negara sekitar jam 12.23 tengah hari

Sun Oct 25 2020


Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu dijangka mengadakan rundingan hari ini
bagi membincangkan cadangan yang dipersembahkan kerajaan, khususnya mengenai penularan COVID-19.

Menurut sumber, pertemuan khas itu dijadual bermula pada jam 2.30 petang dan hanya akan melibatkan Raja-Raja Melayu, tanpa kehadiran Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik.

Pertemuan Agong, Raja-Raja Melayu

Sun Oct 25 2020

YDP Agong tiba di Istana Negara

Sun Oct 25 2020

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari tadi.#AWANInews #AWANI745 #PolitikMalaysia @501Awani pic.twitter.com/w8svVX1QYW

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) October 25, 2020

Yang di-Pertuan Agong tiba di Istana Negara

Sun Oct 25 2020

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari tadi.#AWANInews #AWANI745 #PolitikMalaysia @501Awani pic.twitter.com/w8svVX1QYW

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) October 25, 2020

Anwar Ibrahim pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia - Kaji selidik IDE

Sun Oct 25 2020

Spekulasi Pengisytiharan Darurat menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan rakyat berkenaan ura-ura perintah yang dikatakan dicadangkan Kabinet dalam mesyuarat khas Jumaat lalu.

Namun, kaji selidik oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, pilihan yang terbaik untuk Malaysia ketika ini adalah melantik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Dapatan tersebut diperoleh menerusi pungutan pendapat bertajuk 'Rakyat Malaysia Bersuara' yang dijalankan IDE secara elektronik bermula jam 4 petang 24 Oktober, 2020, hingga 12 tengah malam tadi.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Tidak berasas anggap darurat boleh jejas pasaran saham - Pakar ekonomi

Sun Oct 25 2020

Pendapat yang mengatakan bahawa perlaksanaan darurat akan menyebabkan pasaran saham negara merudum adalah satu pandangan yang tidak berasas.

Menurut Ketua Ekonomi Pusat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prof Madya Dr Yusof Saari, indikator bursa saham itu adalah tidak tepat untuk mengukur kesihatan ekonomi negara.

“Kita jangan terlalu mengikut pandangan yang tidak berasas. Adalah terlalu awal untuk mengatakan perlaksanaan darurat akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Kalau kita bersandarkan kepada bursa saham itu, ia satu indikator yang tidak tepat dan tidak baik untuk mengukur keadaan kesihatan ekonomi kita.

BACA PENUH DI SINI

Darurat tidak akan bantu tangani COVID-19 - Dr Mahathir

Sun Oct 25 2020

Pengisytiharan darurat tidak akan menghentikan penularan pandemik COVID-19, lebih daripada langkah-langkah yang telah pun diambil Kerajaan ketika ini, tegas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan terbaharu di blog beliau www.chedet.cc, Dr Mahathir berkata, pengisytiharan darurat sebaliknya akan memberikan kuasa yang lebih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA PENUH DI SINI

Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU - Annuar

Sun Oct 25 2020

Hanya undang-undang di bawah pengistiharan darurat sahaja yang terpakai bagi menghalang berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak atau Pilihan Raya Umum, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, tiada undang-undang jelas yang boleh digunakan bagi menghalang proses pilihan raya berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

“PRK Batu Sapi wajib diadakan dalam tempoh 60 hari dari hari kerusi kosong, tetapi rakyat minta PRK ditangguhkan dan pegawai (Suruhanjaya Pilihan Raya) takut untuk ke zon merah.

BACA PENUH DI SINI


Enam darurat yang pernah diisytiharkan di Malaysia

Sat Oct 24 2020

Berdasarkan sejarah, negara pernah beberapa kali melalui keadaan darurat.

Antara yang paling diingati tentunya darurat pada Mei 1969 berikutan tragedi rusuhan kaum yang mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Berhenti beri tekanan kepada Agong, Raja-Raja Melayu - Bersatu

Sat Oct 24 2020

Semua pihak harus memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk membincangkan cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutama mengenai penularan COVID-19.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata pemimpin politik perlu berhenti memberi tekanan yang tidak sepatutnya kepada institusi diraja itu.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Netizen mahu darurat kesihatan, bukan PRU-15!

Sat Oct 24 2020

Semalam, negara dikejutkan dengan spekulasi kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan perintah darurat.

Spekulasi itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Tidak bertanggungjawab tuduh kerajaan PN diktator - Mohamed Azmin

Sat Oct 24 2020

Tindakan pemimpin pembangkang yang mendakwa negara akan jatuh dalam sistem pemerintahan diktator jika darurat diisytiharkan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau kesal dengan tindakan pembangkang yang memilih untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap keupayaan kerajaan yang bersungguh-sungguh menjaga keselamatan serta kesihatan awam.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Darurat hanya akan burukkan lagi ekonomi - Tengku Razaleigh

Sat Oct 24 2020

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa pengisytiharan darurat akan memburukkan lagi ekonomi Malaysia yang sudah teruk.

Menurut Tengku Razaleigh, beliau bukan mempersoalkan hak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon pengisytiharan itu daripada Yang di-Pertuan Agong.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Pertemuan YDPA dan Raja-Raja Melayu dijangka berlangsung esok

Sat Oct 24 2020

Satu pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu dijangka akan diadakan pada Ahad (25 Oktober) di Istana Negara bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.

Menurut sumber, pertemuan khas itu dijadualkan akan bermula pada jam 2.30 petang dan hanya akan melibatkan Raja-Raja Melayu dan tidak akan melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik.


BACA DI SINI

Rundingan dengan Raja-Raja Melayu gambarkan ketelitian Agong

Sat Oct 24 2020

Langkah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu sebelum membuat sebarang keputusan penting menggambarkan ketelitian Seri Paduka.

Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan, tiada kewajipan untuk Seri Paduka bertindak sedemikian.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Duduk semeja, ketepikan ego, pecahkan tembok kepartian - Syed Saddiq

Sat Oct 24 2020

Tidak perlu untuk mengisytiharkan darurat sebaliknya panggil semua pemimpin duduk semeja untuk luluskan belanjawan 2021, tanpa perlu ada pilihan raya.

Demikian saranan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menegaskan semua pihak perlu ketepikan ego dan pecahkan tembok kepartian demi Malaysia.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Apa kata orang ramai?

Sat Oct 24 2020

Darurat: Berhenti cari alasan untuk berpegang kepada kuasa - Rafidah Aziz

Sat Oct 24 2020

Rakyat masih boleh menerima sekiranya Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik COVID-19 di negara ini, kerana ia adalah selari dengan amalan negara-negara lain, kata Tan Sri Dr Rafidah Aziz.

Tambahan pula, jelas bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu, amalan penjarakan fizikal, pemakaian topeng muka di tempat awam, dan sanitasi semua sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Darurat kerana Muhyiddin tidak yakin menang undi Belanjawan di Parlimen - DAP

Sat Oct 24 2020

Pengisytiharan darurat yang dipohon perkenan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu telah hilang majoriti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan tindakan Muhyiddin itu juga membuktikan beliau tidak mempunyai keyakinan memenangi undian Belanjawan 2021 di Parlimen.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Kelebihan institusi raja berperlembagaan, tenangkan keresahan rakyat

Sat Oct 24 2020

Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU - Annuar

Sat Oct 24 2020

“Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tamat beberapa bulan lagi dan PRN wajib di adakan, namun semua orang takut apa yang berlaku di Sabah selepas PRN menimpa sarawak. Mereka minta PRN ditangguh dulu," kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau mengulas bahawa darurat mampu menghalang berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak atau Pilihan Raya Umum, sekali gus membolehkan tumpuan diberi pada usaha menangani pandemik.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Pertahankan perlembagaan ketika tangani krisis - Mohamad Hasan

Sat Oct 24 2020


Tangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan perlembagaan, membenarkan demokrasi berfungsi, memperkemaskan respons sistem kesihatan dan keselamatan awam dan mengutamakan kepentingan rakyat biasa dengan tidak menambahkan kesusahan kepada mereka, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, sesuatu yang membelakangkan sains, menjejaskan ekonomi dan memencilkan peranan perlembagaan akan meletakkan negara dan rakyat Malaysia dalam keadaan yang lebih sulit dan memburukkan lagi keadaan.

BACA PENUH DI SINI

Darurat tidak akan bantu tangani COVID-19 - Dr Mahathir

Sat Oct 24 2020

Pengisytiharan darurat tidak akan menghentikan penularan pandemik COVID-19, lebih daripada langkah-langkah yang telah pun diambil Kerajaan ketika ini, tegas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan terbaharu di blog beliau, Dr Mahathir berkata, pengisytiharan darurat sebaliknya akan memberikan kuasa yang lebih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Tinjauan pendapat sentimen rakyat

Sat Oct 24 2020

Lihat sentimen rakyat sebelum pertimbang isytihar darurat - Dr Jeniri

Sat Oct 24 2020

Pemimpin politik harus melihat sentimen rakyat sebelum sebarang keputusan untuk mengisytiharkan darurat dilakukan.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir berkata, ia juga boleh dilakukan di negeri-negeri tertentu sahaja dan bukan dikuatkuasakan di seluruh negara.

Jelasnya, pelbagai implikasi besar yang melibatkan pemimpin, rakyat, pelabur asing serta pasaran perlu difikirkan sebelum sebarang keputusan mengenai isu itu dibuat.

BACA LAPORAN PENUH DI SINI

Semua ahli politik perlu fokus tangani penularan COVID-19

Sat Oct 24 2020

Tenang, jangan panik, sabar - Agong

Sat Oct 24 2020

Rakyat diminta tenang, tidak panik dan bersabar sementara menunggu keputusan mengenai cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri dalam sesi menghadap Yang Di-Pertuan Agong semalam.

Rakyat turut dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugatkan ketenteraman negara

BERITA PENUH DI SINI

Agong berkenan adakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu

Sat Oct 24 2020

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima sembah taklimat Perdana Menteri berhubung cadangan-cadangan yang telah dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Jumaat.

Susulan itu, baginda akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERITA PENUH DI SINI


Rakyat kecewa situasi semasa politik negara

Sat Oct 24 2020

Darurat tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara - Prof Dr Mohd Azizuddin

Fri Oct 23 2020

Pengisytiharan perintah darurat boleh dilakukan sekiranya negara berdepan dengan isu keselamatan dalam negeri, ketidakstabilan ekonomi atau ketenteraman awam.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, dalam keadaan negara ketika ini, darurat kesihatan adalah lebih sesuai dilaksanakan berbanding atas sebab krisis politik.


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Bertenang! Rakyat jangan bimbang jika darurat diisytihar - Prof Dr Nik Ahmad Kamal

Fri Oct 23 2020

Rakyat tidak perlu rasa bimbang sekiranya pengisytiharan perintah darurat benar-benar dilakukan oleh kerajaan.

Pengamal Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, langkah tersebut tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat, sebaliknya, tindakan itu sebagai langkah menyelesaikan kemelut yang sedang melanda negara.


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Perdana Menteri selesai menghadap Agong

Fri Oct 23 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 7.10 malam tadi.

Antara orang kenamaan yang dilihat mengiringi Perdana Menteri ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

COVID-19 alasan kerajaan untuk salah guna kuasa, dakwa Anwar Ibrahim

Fri Oct 23 2020

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan dengan laporan kerajaan berusaha untuk mengambil langkah menyekat proses Parlimen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sedang bergelut dengan isu keabsahan dan gagal menunjukkan majoriti di Parlimen sedang menggunakan krisis COVID-19 sebagai alasan penyalahgunaan kuasa.


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

COVID-19: Malaysia rekod kes kematian tertinggi hari ini

Fri Oct 23 2020

Malaysia mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 10 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 214 kes.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 710 kes baharu COVID-19 juga direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 24,514 kes.


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

PM tiba di Istana Abdulaziz untuk menghadap Agong

Fri Oct 23 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, di sini sekitar pukul 4.40 petang Jumaat.

Terdahulu, sekitar pukul 4.30 petang, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dilaporkan memasuki pekarangan istana sama selepas menziarahi makam ayahanda baginda di Pekan.


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan?

Fri Oct 23 2020

Mungkinkah kerajaan akan mengisytiharkan darurat ekonomi? Itu spekulasi yang tersebar susulan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya, pagi tadi.

Akhbar Singapura, Straits Times memetik beberapa sumber yang tidak dinamakan memberitahu, mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan beberapa cadangan berkaitan pembentangan Belanjawan 2021 yang dijadualkan bulan depan, ketika negara sedang 'berperang' dengan gelombang ketiga COVID-19.


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Apa itu Darurat? - Prof Dr Shamrahayu

Fri Oct 23 2020

Apa itu Darurat? Ini 15 perkara anda perlu tahu

Fri Oct 23 2020

BERIKUT penjelasan oleh Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz tentang apa itu darurat sepertimana dipetik daripada hantaran di akaun Facebook beliau:


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

#darurat#Politik Malaysia#Muhyiddin Yassin#Yang di-Pertuan Agong#politik negara#COVID-19
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.